Trend Kini: Bercerai Untuk Kahwin Kekasih Lama, Apa Puncanya?


Selain curang dengan pasangan sendiri, ternyata kebanyakan pasangan suami isteri yang bercerai berpunca daripada pertemuan semula dengan rakan lama.

Fenomena ini membimbangkan kerana semakin hari, kadar penceraian di negeri Terengganu yang melibatkan pada usia senja semakin meningkat.

Trend penceraian dalam kalangan warga emas semakin meningkat sejak lima tahun lepas dengan kebanyakannya berusia antara 60-70 tahun, jelas Pegawai Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) daerah Kuala Terengganu, Mohd Ariffin Jusoh.

Difahamkan kebanyakan mereka akan menghadirkan diri dalam sesi kaunseling terlebih dahulu di pejabat JHEAT sebelum memilih penceraian sebagai keputusan muktamad.

Selain itu, sebahagian mereka juga memilih untuk bercerai pada usia tersebut dengan beralasan menangguh berbuat demikian kerana perlu komitmen anak walaupun mengalami masalah itu sejak awal lagi.

Akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai setelah kesemua anak sudah bekerja dan berkahwin.

Tambahnya lagi, sepanjang tahun lalu sebanyak 2,245 kes penceraian yang direkodkan dengan kebanyakannya berpunca kerana masalah silam iaitu ketika seorang daripada pasangan hadir ke perjumpaan semula (reunion) dan berjumpa kekasih lama.

Bukan itu sahaja, faktor penyebaran maklumat tentang kecurangan pasangan melalui aplikasi WhatsApp juga punca kepada berlakunya penceraian.

Setiap bulan sepanjang tahun lalu kira-kira 200 kes penceraian dilaporkan kebanyakannya berpunca daripada masalah pasangan yang didakwa tidak bertanggungjawab.

Namun, trend terbaharu kini menunjukkan jumlah tinggi kalangan pasangan yang bercerai beralasan ingin berkahwin dengan kekasih lama setelah berjumpa semula menerusi program pertemuan semula yang mereka ikuti.

Mohd Ariffin menegaskan pasangan sepatutnya jangan mengambil keputusan terburu-buru untuk bercerai selepas melihat kecurangan pasangan melalui laman sosial atau aplikasi WhatsApp sebaliknya perlu menyiasat secara terperinci dan hadir ke sesi kaunseling sebagai langkah perdamain dan mengelakkan berlakunya penceraian. 


0 comment... add one now