Trump Berhasrat Berjumpa Dengan Pemimpin Korea Utara



Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berasa berbesar hati dan cukup terhormat jika diberi peluang bagi berjumpa dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un dalam suasana yang baik.

Trump dalam laporan turut memuji Jong-Un sebagai seorang pemimpin yang bijak kerana beliau mampu memegang tampuk pemerintahan Korea Utara selama lebih 20 tahun.

Selain itu, Trump juga pernah disyorkan bertemu dengan pemimpin Korea Utara itu  tetapi hasratnya tidak disuarakan sejak memegang jawatan sebagai Presiden AS.  

Tambah beliau lagi kepada Bloomberg News, "Jika sesuai untuk saya berjumpa dengan beliau, saya akan berbesar hati untuk melakukannya.”


Setelah Korea Utara menamatkan aktiviti ujian peluru berpandu nuklear mereka, Trump pada bila-bila masa sahaja bersedia bagi bertemu dengan Jong-Un.


0 comment... add one now