Tun M Selesa Berbasikal



Gelagat Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir yang berbasikal santai pada suatu petang menjadi perhatian ramai.  

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu beliau berbasikal bukan hanya pada masa ‘tertentu’ sahaja bahkan sering dilakukannya pada waktu lapang.

Kata-katanya yang dipetik menerusi laman Twitternya baru-baru ini, "Saya selalu berbasikal. Bukan sahaja pada masa 'tertentu'. Walaupun saya masih 'muda', bila saya berbasikal tak ada kesesakan lalu lintas.”

Kenyataan Mahathir itu dikaitkan dengan laporan media beberapa minggu lepas mengenai Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang mendapat cemuhan netizen.

Cemuhan itu berpunca kerana tindakannya berbasikal di atas jalan raya diiringi oleh dua orang anggota polis trafik serta sebuah ambulans untuk pulang ke rumahnya dari Wisma Sri Pahang.

Tindakan Adnan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang 6km perjalanan. 


0 comment... add one now