Video Dua Wanita Dicukur Kepala Disahkan Bukan Di Malaysia



Akibat mencuri di sebuah kedai seorang peniaga, dua orang wanita ducukur kepala mereka oleh sekumpulan lelaki.

Penyebaran video yang menular di media sosial menunjukkan wanita berkenaan dicukur kepala mereka yang mengundang pelbagai reaksi berbaur perkauman yang dikongsi secara meluas di media sosial dan rangkaian komuniksi yang lain.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penyebaran video itu bukan berlaku di Malaysia, malah kejadian itu terjadi di Maracaibo, Venezuela sekitar tahun lepas, jelas Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datin Asmawati Ahmad.

Menurut beliau, pihak yang tidak  bertanggungjawab telah memfitnah dengan menularkan video dan mesej berkenaan.

Dalam satu kenyataannya juga, masyarakat dinasihatkan oleh PDRM agar menilai setiap berita yang dikongsi di media sosial atau rangkaian-rangkaian komunikasi yang lain dengan bijak serta tidak menjadi mangsa kepada niat serong pihak-pihak tertentu.

Tambah Asmawati lagi, masyarakat dinasihatkan supaya tidak memainkan sebarang isu yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman mahupun keagamaan sehingga dapat menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita.





0 comment... add one now