Pembayaran BR1M 2017 (LATEST UPDATE)



PEMBAYARAN BR1M 2017.


Kami sediakan maklumat terkini buat penerima dan bakal penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017. Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017, terdapat kenaikan kadar BR1M bagi semua kategori.



Informasi penting di bawah berkaitan dengan cara pembayaran, amaun dan jangkaan tarikh boleh menerima duit BR1M 2017.



Untuk kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas), kaedah pembayaran BR1M 2017 akan diagihkan mengikut peringkat sebanyak 3 kali setahun pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2017.



Untuk kategori individu/bujang pula, pembayaran akan dibayar sekaligus mulai Februari 2017.



Tarikh Dan Amaun Pembayaran BR1M Mengikut Kategori Pendapatan Bulanan






TARIKH BAYARAN BERMULA

PENDAPATAN BULANAN ISI RUMAH RM3,000 DAN KE BAWAH (TERMASUK e-KASIH)


PENDAPATAN BULANAN ISI RUMAH RM3,001 - RM4,000
INDIVIDU BUJANG 21 TAHUN KE ATAS DENGAN PENDAPATAN BULANAN RM2,000 DAN KE BAWAH
18 FEB (baucar)

22 FEB (masuk akaun)

RM400

RM300

RM450
5 JUN 2017
RM400
RM300
-
OGOS 2017
RM400
RM300
-
TOTAL
RM1,200
RM900
RM450


Kepada penerima yang telah mengisi maklumat akaun bank ketika memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima.


Sementara itu, penerima yang tidak mempunyai akaun bank akan mendapat baucar BR1M yang boleh anda dapatkan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).


Cara Pembayaran BR1M 2017

Sila buat semakan untuk memastikan permohonan BR1M anda berjaya atau sebaliknya (serta buat rayuan jika tidak berjaya) di pautan berikut. 


Sila hubungi nombor berikut jika mempunyai sebarang soalan berkaitan dengan tarikh dan cara pembayaran BR1M 2017: 

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia : 03-88824565 / 03-88824566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) : 1-800-88-2716

Kami berharap maklumat ini dapat manfaatkan anda. Silakan SHARE artikel ini agar ramai lagi dapat informasi berguna ini.


Terima kasih. Pembayaran BR1M 2017 (LATEST UPDATE)


0 comment... add one now