Cara Buat Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Online


Cara Buat Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Online.


Individu-individu yang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen tidak dibenarkan untuk memperbaharui pasport dan akan dihalang ke luar negara atas sebab-sebab dan kesalahan tertentu.


Sekiranya anda membuat perancangan untuk pergi melancong ke luar negara, lebih baik anda membuat semakan terlebih dahulu sama ada anda diblacklist oleh imigresen atau tidak.


Dinasihatkan agar anda tidak mengambil mudah hal-hal seperti ini.


LANGKAH-LANGKAH UNTUK SEMAK STATUS SENARAI HITAM IMIGRESEN ONLINE
  1. Masuk ke laman web aplikasi Semakan Status Kawalan Imigresen di pautan ini http://sspi2.imi.gov.my/
  2. Isi nombor kad pengenalan dan klik butang ‘SEMAK’.
  3. Keputusan status yang anda inginkan ialah ‘TIADA HALANGAN’.

Sekiranya anda diblacklist, sila hubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 03-88801000.


Anda juga boleh menghubungi mereka untuk mengenalpasti agensi-agensi yang mengeluarkan perintah senarai hitam, sebab anda diblacklist dan mendapatkan nasihat cara untuk mengeluarkan nama anda daripada senarai hitam.


Sebab-Sebab Individu Disenarai Hitam


  • Kebankrapan
  • Gagal bayar cukai pendapatan
  • Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara
  • Gagal bayar levi pekerja warga asing
  • Gagal lunas pinjaman PTPTN
  • Terlibat dalam jenayah atau kes-kes yang melibatkan jenayah

 

 Agensi Yang Menyenarai Hitam


Senarai blacklist yang dikeluarkan oleh agensi penguatkuasaan dan jabatan kerajaan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk dikenakan tindakan sekatan ke luar negara.


Antaranya,
  1. Jabatan Insolvensi Malaysia
  2. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  3. Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  4. Kastam Diraja Malaysia
  5. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  6. Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
  7. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP
  8. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  9. Jabatan Pendaftaran Malaysia, Mahkamah dan Jabatan Penjara


Kami berharap segala informasi di atas mengenai semakan status senarai hitam Imigresen ini dapat memberi manfaat kepada anda sekaligus melancarkan lagi perancangan bagi yang ingin ke luar negara.
Cara Buat Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Online


0 comment... add one now