Cara Khusyuk Dalam Solat

Dalam Surah Al-Mukminun ayat 1-2, Allah SWT berfirman:

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ﴿23:1﴾

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ‏ ﴿23:2﴾

 


Maksudnya:

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya."


Terbuktilah dengan potongan ayat Al-Quran di atas bahawa mukmin yang berjaya ialah mereka yang khusyuk dalam solatnya.



Khusyuk bermaksud hadirnya dalam hati perasaan takut, rendah diri dan pengharapan kepada Allah dan disertai dengan pergerakan badan yang tenang dan tomakninah serta bacaan yang tartil.
Firman Allah SWT,

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ


Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. 


[Surah Al-'Ankabuut ayat 45]

 


Sudah dijelaskan ayat di atas bahawa dengan mendirikan solat, secara tidak langsung kita dapat menghindarkan diri daripada melakukan dosa dan maksiat.





Ikuti tips berikut untuk mendapatkan menjadi lebih khusyuk dalam solat selain dapat memperbaiki mutu solat menjadi lebih berkualiti. 




  1. Membaca Surah An-Nas, berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, beristighfar dan apa-apa bacaan agar dijauhkan daripada gangguan syaitan sebelum mengangkat takbir.
  2. Menyedari bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.
  3. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak-geri kita.
  4. Memahami maksud semua bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan zikir-zikir.
  5. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling sewaktu solat.
  6. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.

Semoga berkesan dengan mengikuti tips-tips di atas dan moga semua dapat menjadikan solat kita lebih berkualiti. 

Selamat beramal dan menunaikan ibadah. Semoga hidup kita semua diberkati Allah. Ameen.


0 comment... add one now