Cara Sembuhkan Demam, Selesema Tanpa Ubat


Penyakit seperti demam, badan panas dan selesema sebenarnya mempunyai pelbagai alternatif lain untuk menyembuhkannya selain menggunakan kaedah perubatan seperti makan ubat-ubatan. 


Akan tetapi, kita juga perlu mengetahui tanda-tanda awal sebelum terkena penyakit demam, badan panas dan selesema supaya dapat mengatasi masalah tersebut dengan berkesan agar cepat sembuh. 


Tanda-tanda awal atau simptom demam biasanya berkait rapat dengan selesema sehingga hidung berair dan tersumbat selain sakit tekak. 


Mengikut petua-petua orang dahulu, jenis-jenis makanan berikut dapat membantu memulihkan penyakit demam, badan panas dan selesema. 


Ini juga diakui dengan kajian kesihatan yang telah dilakukan. 


1. HALIA
  • Dapat hilangkan rasa sejuk dalaman badan semasa demam.  
  • Caranya ialah dengan menambah halia dan limau untuk air panas dan minum 2 kali sehari. 

2. IKAN 
  • Ikan yang kaya dengan protein seperti ikan tuna, salmon, ikan kembung sangat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang dapat mengurangkan keradangan dalam badan. 
  • Sekiranya mempunyai keradangan kronik, kita akan lebih terdedah kepada selesema. 

3. SAYURAN HIJAU
  • Kandungan nutrien yang tinggi dalam sayuran hijau dapat membantu melawan sejuk dan selesema.
  • Sayuran hijau juga amat baik untuk kesihatan kita. 

4. BAWANG PUTIH
  • Dapat membantu dalam melawan jangkitan
  • Berfungsi sebagai antibiotik semulajadi 
  • Mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus 
  • Menghasilkan antioksidan 
  • Lebih baik jika dimakan mentah

5. KUNYIT
  • Membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria
  • Tambahkan kunyit ke dalam makanan yang dimakan / tambahkan kunyit untuk susu panas dan minum semasa mengalami selesema

6. MADU
  • Membantu dan melawan jangkitan bakteria
  • Bermanfaat sekiranya mengalami sakit tekak

7. AIR BERAS
  • Ambil secawan air didihan beras dan minum ketika air masih suam dapat hilangkan selesema


Jika penyakit demam dan selesema masih lagi berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan selanjutnya


Kami berharap maklumat di atas dapat sedikit sebanyak membantu anda. 


SHARE artikel ini supaya lebih ramai lagi dapat mengetahui informasi bermanfaat ini.


Terima kasih.


0 comment... add one now