Cara Untuk Daftar Perniagaan Di SSM

Cara Untuk Daftar Perniagaan Di SSM.


Di sini kami sediakan maklumat berkaitan cara-cara untuk mendaftar perniagaan tunggal atau perkongsian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Pendaftaran perniagaan boleh dilakukan secara online mahupun di mana-mana kaunter SSM.


PANDUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN DI KAUNTER SSM



Pemilik perniagaan haruslah hadir sendiri di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).



Bagi yang mendaftar perniagaan perkongsian, setiap rakan kongsi hendaklah hadir ketika pendaftaran.



Anda boleh layari pautan di bawah ini bagi mengetahui tempat, masa operasi dan nombor pejabat SSM terdekat dengan anda.


CONTACT SSM



Mengenai proses pendaftaran perniagaan ini, SSM menjanjikan Sijil Pendaftaran Perniagaan dapat disiapkan dalam masa 1 jam dari tempoh bayaran dibuat.



Proses ini memakan masa yang singkat sahaja dan sangat mudah.



LANGKAH UNTUK MENDAFTAR PERNIAGAAN DI SSM

  • Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A).

  • Lengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan (Borang PNA.42). Borang ini tidak diperlukan jika anda menggunakan nama sendiri sebagai nama perniagaan.
  • Sediakan 1 salinan fotostat kad pengenalan pemilik/rakan kongsi.
  • Sediakan duit RM60/RM30 bagi yuran pendaftaran + RM10 untuk cetakan maklumat perniagaan.



(Yuran pendaftaran ialah RM60 untuk perniagaan menggunakan nama tred dan RM30 untuk perniagaan menggunakan nama sendiri).


Borang-borang yang diperlukan boleh dimuat turun di sini supaya anda boleh mengisi borang tersebut siap-siap di rumah sebelum ke pejabat SSM.


LANGKAH UNTUK DAFTAR PERNIAGAAN SSM SECARA ONLINE


Pendaftaran perniagaan SSM secara online boleh dilakukan menerusi perkhidmatan Ezbiz Online di ezbiz.ssm.com.my.


Jika mempunyai apa-apa pertanyaan, rujuk http://www.ssm.com.my/contact-us untuk mendapatkan alamat dan nombor telefon SSM.



Diharapkan semua informasi mengenai pendaftaran SSM ini dapat memanfaatkan pembaca terutama sekali para pemilik perniagaan di luar sana.
 

Cara Untuk Daftar Perniagaan Di SSM


0 comment... add one now