Contoh Soalan MEdSI Terkini Dan Panduan

Contoh Soalan MEdSI Terkini Dan Panduan 


Tahukah anda apa itu MEdSI


Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) merupakan ujian pemilihan bagi kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan SPTM / Setaraf ke Institut Pengajian Tinggi Awam.


Tujuan utama Ujian MEdSI ini adalah untuk mengukur kualiti intrinsic calon-calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi.


Sekumpulan pakar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) daripada Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI yang telah menggubal MEdSI.


Segala informasi dan data yang diperoleh daripada pengukuran atau ujian ini digunakan bagi pemilihan calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA. 



KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI UJIAN MEdSI


Kepada calon-calon yang ingin membuat permohonan ujian MEdSI, calon-calon mestilah lepasan STPM /  setaraf bagi mengikuti Progaram Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda bagi mengikuti Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di IPTA.


Jadi, dengan memiliki kelayakan tersebut, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (JPT, KPTM) akan mempertimbangkan bagi mengambil ujian MEdSI.



FORMAT UJIAN MEdSI


  • Bilangan soalan: 300 (Jawapan dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja)
  • Tempoh menjawab: 1 Jam (1 soalan = 12 saat untuk menjawab)
  • 4 Bahagian

BAHAGIAN 1 (110 ITEM)
: PERSONALITI

BAHAGIAN 2 (60 ITEM) : MINAT KERJAYA

BAHAGIAN 3 (70 ITEM) : NILAI INTEGRITI

BAHAGIAN 4 (60 ITEM) : KECERDASAN EMOSI


PANDUAN MEdSI

  1. Semak kelayakan anda untuk menduduki MEdSI di laman ini : http://www.upsi.edu.my/kemasukan/medsi/
  2. Semasa mengisi permohonan online kemasukan pelajar menerusi laman web UPU, calon yang akan memilih sendiri nama tempat untuk menduduki ujian MEdSI.
  3. Menerusi laman web UPSI, calon juga boleh membuat semakan tempat menduduki ujian MEdSI. 
  4. Tiada bayaran dikenakan bagi menduduki ujian ini. 
  5. Calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 dalam permohonon online sahaja yang boleh menduduki MEdSI.
  6. Sah untuk sekali menduduki sahaja. 
  7. Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara automatiknya, ujian ini ditawarkan sekiranya calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kelayakan calon sama ada memenuhi syarat program.


CONTOH SOALAN MEdSI TERKINI









Panduan Dan Contoh Soalan Ujian MEdSI













Semoga segala informasi di atas berguna dan bermanfaat untuk calon-calon yang membuat persiapan bagi menduduki ujian MEdSI.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada semua.


Tekan di sini untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan MUET!


0 comment... add one now