Panduan Solat Sunat Dhuha Dan Doa




Panduan Solat Sunat Dhuha Dan Doa


Solat sunat dhuha afdhal dilakukan pada waktu pagi hari semasa matahari sedang naik


  • CARA MENDIRIKAN SOLAT SUNAT DHUHA

Daripada Zaid bin Arqam RA bahawa ia telah melihat sekumpulan orang ramai melakukan sembahyang sunat Dhuha. Lalu ia berkata :

"Apakah mereka ini tidak mengetahui bahawa sembahyang Dhuha di waktu lain adalah lebih utama, sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda, sembahyang orang-orang yang bertaubat itu ialah ketika anak-anak unta yang tidur berasa panas dengan cahaya matahari (panas terik yang bersangatan)."


  • HURAIAN HADITH

  1. Umat Islam perlulah taat kepada perintah Allah dengan bersungguh-sungguh. 
  2. Jati diri muslim yang sejati dapt dibentuk jika bersungguh-sungguh dan ikhlas melaksanakan amal ibadat. 
  3. Solat sunat Dhuha boleh dilaksanakan semasa naiknya matahari sehinggalah condongnya, namun afdhal dilaksanakan semasa matahari benar-benar naik dan bersangatan panas.
  4. Hikmah disunatkan solat sunat Dhuah semasa matahari bersangatan panas adalah untuk mengelakkan waktu yang diharamkan solat seperti terbitnya matahari. 

  • BILANGAN RAKAAT 
  1. Jumlah rakaat paling minima ialah 2 rakaat 
  2. Boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat tertentu (2 rakaat 1 salam)


  • MASA DAN WAKTU
  1. Dilakukan sewaktu matahari mula naik iaitu sebaik berakhirnya waktu yang diharamkan solat selepas solat Subuh (12 minit selepas matahari terbit / boleh lakukannya selepas 15 minit untuk lebih berhati-hati) 
  2. Dilakukan sebelum matahari condong / tergelincir semasa tengah hari (10 minit sebelum masuk waktu Zohor / boleh lakukannya sebelum 15 minit) menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’
  3. Waktu afdhal : Saat matahari panas terik


  • NIAT SOLAT SUNAT DHUHA (JAWI)



  • NIAT SOLAT SUNAT DHUHA (RUMI)

Ussolli sunatan dhuha raqataini lilahita’ala.



  • MAKSUD NIAT 

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"



  • SURAH-SURAH YANG DIANJURKAN UNTUK MEMBACA

  1. Solat Dhuha 2 rakaat
  • Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau
  • As-Syams dan Ad-Dhuha atau
  • Al-Lail dan Al-Insyirah

2. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat
  • Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha
  • Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas


  • BACAAN SEMASA SUJUD TERAKHIR (3 KALI)



  • BERTASBIH (10 KALI) SELEPAS BERI SALAM 




  • BACAAN DOA SELEPAS SOLAT



Maksudnya:


“Ya Allah,
Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha Mu,
Kecantikannya, kecantikanMu,
Keindahannya, keindahanMu, 
Kekuatannya, kekuatanMu, 
Kekuasaannya, kekuasaanMu, 
Perlindungannya, perlindunganMu.

Ya Allah,
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah,
Jika di bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, 
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu.

Limpahkan kepadaku segala yang telah kau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."



  • FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA 

1. Amalan Berbentuk Sedekah

Setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang hendaklah mengeluakan sedekah untuk menunjukkan taat kepada Allah SWT. 

Oleh itu, solat sunat Dhuha merupakan amalan yang boleh menunaikan tanggungjawab ini. 


2. Rezeki

Manfaat yang dapat kita peroleh ialah dapat dijauhkan daripada kemiskinan. 

Bagi yang melakukan solat sunat Dhuha, Allah SWT sentiasa akan mencukupkan segala keperluan kita sepanjang siang hari.  


Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata:

Saya pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:


Maksudnya:

Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. 

(Hadith Riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097)


3. Dapat Pahala Ibarat Mengerjakan Haji Dan Umrah

Individu yang menunaikan solat Subuh secara berjemaah dan tetap berada dalam masjid dengan malafazkan zikir kepada Allah serta menunaikan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari, justeru, individu berkenaan akan dikurniakan pahala ibarat mengerjakan haji dan umrah.



4. Menghapuskan Dosa


Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir dan melakukan dua rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” 
(Riwayat Abu Daud)


Selain itu, kelebihan solat sunat Dhuha ialah dapat menjauhkan diri daripada terkena azab sekasa api neraka pada hari Kiamat.


Solat sunat Dhuha yang dijadikan sebagai rutin harian akan mendapat balasan Syurga daripada Allah. 


Rasulullah SAW bersabda: 

“Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil "Di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”


Sebagai kesimpulannya, amat rugi bagi orang-orang yang sengaja tidak menunaikan solat sunat Dhuha sedangkan mereka mampu dan ada masa untuk menunaikannya


Bagi yang menunaikan solat sunat Dhuha, mereka akan mendapat ganjaran balasan dan keuntungan yang sangat besar.


Marilah kita sama-sama berusaha untuk beristiqamah dalam melakukan ibadat sunat ini.


0 comment... add one now