Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR1M) Dan Rumah Idaman Rakyat (RIR)

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah satu organisasi yang bertanggungjawab menyediakan rumah mampu milik berkualiti kepada keluarga-keluarga di Malaysia selaras dengan Objektif Perumahan Negara.
SPNB ialah organisasi yang menjalankan tanggungjawab sosial korporat terhadap golongan sasaran dengan membina rumah yang ada rekabentuk praktikal dan ekonomikal menerusi penambahbaikan secara berterusan sama ada melalui peruntukan yang disediakan kerajaan (subsidi) atau secara komersial (tanpa subsidi).
PERMOHONAN ONLINE RUMAH MESRA RAKYAT (RMR1M) DAN RUMAH IDAMAN RAKYAT (RIR)
Melalui Program RMR yang mempunyai subsidi atau tanpa subsidi, SPNB membuka peluang kepada semua warganegara Malaysia yang memiliki tanah sendiri untuk mendapatkan rumah pada harga berpatutan mengikut kemampuan masing-masing.
Menerusi program yang diperkenalkan kepada golongan sasar, kerajaan telah menyediakan peruntukan dari segi jumlah pembinaan rumah.
Selaras dengan itu, ini merupakan usaha kerajaan dalam setiap pembentangan Bajet (Belanjawan Malaysia).

Untuk pengetahuan anda, Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) dijalankan bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah. Sebagai contoh, golongan nelayan, petani dan keluarga miskin yang tiada rumah atau tinggal di rumah usang (daif) namun mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.  
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN RMR1M

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 hingga 60 tahun
  • Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 - RM3,500 sebulan
  • Pemohon / pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna
  • Pemohon adalah tuan punya tanah dan / atau salah seorang tuan punya tanah bersama dalam geran / suratan hakmilik
  • Tanah / tapak mestilah bersesuaian dan bebas daripada sebarang sekatan dan pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah bersama (sekiranya ada)
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps
  • Tertakluk kepada kelulusan pinjaman daripada Bank / Institusi kewangan
  • Hanya satu unit Rumah Mesra Rakyat sahaja yang boleh dibina untuk satu geran yang dicagarkan

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN (RMR1M)

  1. Dapatkan borang permohonan sama ada dari Ibu pejabat, Cawangan SPNB / Laman Web Rasmi SPNB / Membuat permohonan RMR1M secara online.
  2. Isi borang permohonan.
  3. Hantar borang permohonan kepada SPNB beserta dokumen salinan IC pemohon dan salinan geran hak milik tanah.

Sila klik pautan di bawah: 


Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRplus)

Bagi pemohon yang tidak berjaya dalam permohonan Rumah Mesra RAKYAT 1Malaysia  (RMR1M) kerana tidak menepati syarat minima kelayakan boleh cuba program perumahan baharu yang diperkenalkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) iaitu Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRplus).


Klik pautan ini untuk melihat s
enarai projek terkini rumah idaman rakyat: 



Untuk mendapatkan borang permohonan dan pendaftaran rumah idaman rakyat SPNB, sila klik pautan berikut:

Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR1M) Dan Rumah Idaman Rakyat (RIR)


0 comment... add one now