Syahid, Anak Bazli UNIC Meninggal Dunia



Anak kepada anggota kumpulan nasyid UNIC, Muhammad Syahid, 4 , telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi setelah bertarung dengan barah Lymphoma semenjak Disember lalu.




Muhammad Syahid telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 7.23 pagi ini.




Pada bulan Disember lalu, Syahid disahkan mengalami barah tahap ketiga selepas bengkak kecil pada bahagian leher, ketiak dan paru-paru.






Keadaannya menjadi lebih serius apabila bahagian dalam mulutnya dijangkiti ulser dan menyebabkan kedua-dua belah pipinya menjadi bengkak dan tidak dapat makan seperti biasa.


Ayahnya, Bazli berkongsi pemergian Muhammad Syahid dalam laman Instagramnya.


"Anak kesayangan ayah, Syahid sudah pergi meninggalkan kita. Allah sayangkan Syahid," jelasnya.


Pengebumian jenazah akan dilakukan selepas waktu Zuhur di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh.


Penderitaan yang dialami oleh adik Muhammad Syahid telah mencuri perhatian ramai sejak Mac lalu.


Syahid yang mendapatkan rawatan di HKL sepatutnya menjalani rawatan kemoterapi selama setahun.


Allahyarham merupakan cahaya mata hasil perkahwinan Bazli dengan Asiah Abu Bakar dan mempunyai seorang lagi cahaya mata, Muhammad Assfan yang kini berumur 9 bulan.
Semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan semoga keluarga Syahid tabah dan kuat.









0 comment... add one now