10 Tanda Penyakit Kencing Manis





Penyakit kencing manis ialah penyakit yang tersenarai daripada 10 penyakit pembunuh utama di negara kita selain penyakit strok / angin ahmar, tibi dan barah paru-paru. Menurut statistik, 17% daripada penduduk Malaysia menghidap kencing manis atau nama saintifiknya, Diabetes Mellitus.

Lebih menakutkan, ada sesetengah golongan individu yang tidak pernah menyedari bahawa mereka menghidap penyakit kencing manis sehinggakanpenyakit itu berada pada tahap yang kritikal dan sangat serius.

Oleh sebab itu, anda perlu mengenali tanda-tanda awal penyakit kencing manis ini supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi korban penyakit ini selain boleh mendapatkan rawatan awal dengan segera.

Jika anda mahu mencari produk ubat kencing manis yang bagus, boleh lawati website -->> http://ubatkencingmanis.my/ sekarang! Kencing Manis perlu dirawat segera tanpa tangguh-tangguh.

Jenis-Jenis Kencing Manis


Kencing manis terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1. Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes Type 1)
2. Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes Type 2)


  • Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes Type 1) - Bergantung kepada insulin


- Biasanya terjadi kepada kanak-kanak dan remaja


- Biasanya badan tak dapat menghasilkan insulin


  • Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes Type 2) - Tak bergantung kepada insulin



- Paling biasa ditemui kerana lebih daripada 90% penghidap diabetes menghidapi penyakit kencing manis jenis 2

- Biasa ditemui oleh orang berumur dan mengalami berat badan yang berlebihan

- Kebiasaannya, sel-sel di dalam badan tidak dapat bertindak balas dengan baik terhadap insulin / insulin yang dihasilkan tak cukup

Sesetengah pihak membanding-bandingkan kedua-dua penyakit kencing manis ini dan mengatakan bahawa kencing manis jenis 2 adalah kurang serius. Ini berkemungkinan kerana pesakit kencing manis jenis 1 perlu meyuntik diri sendiri dengan insulin.

Namun, kedua-dua jenis penyakit ini boleh manjadi sangat serius sekiranya tidak diurus dengan baik.


10 Simptom Penyakit Kencing Manis



Mungkin tak semua orang akan mengalami kesemua tanda-tanda awal gejala penyakit kencing manis ini. Mereka yang mengalaminya biasanya tidaklah terlalu teruk.


Lebih ramai pesakit yang menghadapi penyakit kencing manis jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana simptom awalnya tidak begitu ketara.


Di samping itu, para doktor boleh melakukan ujian yang senang bagi menilai risiko kencing manis anda. Jika anda sudah membuat pemeriksaan, boleh lah anda mendapatkan rawatan dan mengubah gaya hidup anda sebelum terlambat.







1. Paras gula darah tinggi


Kawal gula dalam darah anda dengan menggunakan penawar kencing manis yang berkesan iaitu peria katak. Anda boleh dapatkan kapsul peria katak di laman web ini -->> http://ubatkencingmanis.my/



Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi membuat pemeriksaan supaya dapat mengetahui tahap gula dalam darah. Selepas anda makan, tahap gula dalam badan akan meningkat secara semulajadi. Akan tetapi, tahap gula darah yang bertambah secara berterusan sepanjang hari dikategorikan sebagai tidak normal.

2. Berasa dahaga secara berlebihan dan kencing malam dengan kerap




Walaupun sudah meminum jumlah air yang banyak, namun rasa dahaga itu tidak hilang juga. Bukan itu sahaja, pergi ke bilik air dengan kerap pada waktu malam juga salah satu tanda penyakit kencing manis.

Apabila terlalu banyak jumlah glukosa di dalam darah, buah pinggang akan bekerja dengan lebih keras supaya dapat menghilangkan gula tambahan tersebut.

Hal ini secara tak langsung memaksa anda untuk membuang air kecil beberapa kali pada waktu malam. Setelah badan kehilangan air, ini dapat membuat anda berasa lebih dahaga.

Proses ini merupakan cara badan anda menguruskan kandungan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan pula bermaksud badan sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.


3. Berat badan hilang secara mengejut









Kehilangan berat badan secara mendadak sebanyak 2-3 kg dalam masa 2 atau 3 bulan adalah disebabkan kandungan gula dalam darah yang tinggi.
Bagi sesetengah pihak, berita ini merupakan berita gembira buat mereka tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.


Oleh sebab hormon insulin tak dapat bekalkan glukosa ke dalam sel-sel di mana ia dapat digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menuraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.

4. Sentiasa berasa lapar






Seperti kebiasaannya, pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin, badan tidak dapat memproses glukosa dalam badan secara biasa lalu menyebabkan kandungan gula dalam darah jatuh.


Semasa kandungan gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan beranggapan bahawa anda lapar dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi.


5. Luka lambat sembuh




Luka lambat sembuh kerana kandungan glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri menyebabkan saluran darah rosak. Hal ini dapat menyukarkan darah untuk merawat penyembuhan untuk sampai ke seluruh anggota badan yang lain.




Disebabkan badan perlu berusaha dengan lebih banyak untuk mengimbangi kekurangan glukosa, badan anda akan berasa lebih letih. Bangun tidur untuk ke bilik air akan membuat anda untuk berasa letih dan cepat marah.

7. Terdedah kepada jangkitan kulat

Wanita terutamanya perlu berwaspada kerana berkemungkinan dapat jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes dapat melemahkan imunisasi. Hal ini akan memudahkan wanita untuk terkena pelbagai jangkitan dan kebiasaannya akan terkena yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

8. Penglihatan kabur

Tatkala glukosa dalam darah menjadi tinggi, ia akan mengubah bentuk kanta dan mata seterusnya membuat penglihatan anda menjadi kabur.

Akan tetapi, ia akan kembali menjadi normal setelah kandungan gula dalam darah berada dalam tahap yang normal.


Jika anda membiarkan jumlah gula darah yang tinggi dalam badan dalam tempoh yang panjang, ini dapat menyebabkan kerosakan yang kekal dan mendapat risiko menjadi buta.

9. Kebas pada tangan dan kaki

Jika tangan dan kaki menjadi bengkak atau menjadi kebas, ini merupakan tanda-tanda bahawa saraf telah dirosakkan oleh kencing manis. Jika kandungan gula dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal. Hal ini sama seperti keadaan penglihatan kita.

10. Kulit merengsa

Masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans boleh menjadi salah satu punca kencing manis. Kulit di sekitar leher mahupun di bahagian ketiak akan menjadi gelap. pada saat ini, seseorang itu telah mula untuk mengalami proses penentangan insulin meskipun tahap gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.


Kesimpulannya, berhati-hati lah semasa masih sihat ini dan jaga pemakanan anda agar tidak mendapat penyakit ini pada waktu akan datang.


0 comment... add one now