Menukar warna dan font


Pada artikel yang lepas, Mari bina blog pernah memberitahu anda cara menggantikan header template. Sebenarnya banyak cara untuk menjadikan sebuah blog kelihatan unik dan menarik. Salah satu cara ialah dengan menggantikan warna dan font template.

Bagi anda yang ingin mencuba, boleh ikuti langkah-langkah dibawah ini:

Login ke Blog anda. Klik menu Layout lalu klik Fonts and Colors. Disitu terdapat beberapa elemen yang dapat anda ubahsuai seperti:

Page Background Color: Mengganti warna background template yang diluar

Main Background Color: Mengganti warna background template yang didalam

Text Color: Mengganti warna teks postingan/ artikel

Blog Title Color : Mengganti warna judul blog

Blog Description Color : Mengganti warna diskripsi blog

Post Title Color: Mengganti warna tajuk posting

Date Header Color: Mengganti warna teks tarikh

Border Color: Mengganti warna garis tepi template

Sidebar Title Color: Mengganti warna tajuk pada sidebar misalnya teks Blog Archive, Blogroll, Labels, dan lain-lain

Link Color: Mengganti warna teks yang mempunyai link

Visited Link Color: Mengganti warna teks link ketika pengunjung mengarahkan kursor pada link tersebut

Sidebar Link Color: Mengganti warna teks yang mempunyai link pada sidebar

Sidebar Visited Link Color: Mengganti warna teks link ketika pengunjung
mengarahkan kursor pada link yang terletak pada sidebar

Text Font: Mengganti bentuk huruf/ teks pada posting

Sidebar Title Font: Mengganti bentuk huruf tajuk pada sidebar

Blog Title Font: Mengganti bentuk huruf pada blog

Blog Description Font: Mengganti bentuk huruf diskripsi blog

Post Footer Font: Mengganti bentuk huruf footer pada posting. Misalnya: Posted by

Itulah beberapa elemen asas yang terdapat dalam template blogger. Setiap template memiliki elemen yang berbeza.

Jika anda sudah selesai membuat pengubahsuaian, klik Save Changes dan warna template akan berubah mengikut apa yang telah anda ubahsuai tadi. Klik View Blog untuk memaparkan sementara hasilnya.

Jika Anda ingin mengembalikan template ke bentuk asal, klik Revert to template default dan kemudian klik Save Changes.
Menukar warna dan font


{ 19 comments.. read them below or add one }

zuar zuar 2:31 PM
klu template yg xder kuar font tu cane?huhu
Nescafe ais Nescafe ais 11:28 PM
Biasanya template classic yang boleh edit font dengan colour.. Bagi template yang baru,mmg tak ada..tapi kalau nak edit gak, tgk kat script tu..biasanya kat bahagian atas..
Ros Illiyyuun Ros Illiyyuun 7:39 PM
Salam, saya pun hadapi masalah macam saudara zuar tu...boleh bagi penjelasan lanjut tak...tq
Nescafe ais Nescafe ais 7:47 PM
Hehehe..Kalau guna template versi baru,memang tak boleh nak edit font dan warna. Ianya sesuai untuk template classic sahaja.
izanuddin izanuddin 5:54 PM
ooo...yeke??
klu nk kasi tulisan menarik2 skit..cmne?
Nescafe ais Nescafe ais 5:59 PM
Font bergantung pada template..Kalau classic template, boleh di edit

Kalau template baru, pun boleh gak..tapi ada susah banyak laa..
izanuddin izanuddin 6:00 PM
ooo...nak kena tukar kt edit html 2 ke??
susah r cm 2
Nescafe ais Nescafe ais 7:29 AM
To wawa

Lau penin, tak pyh tukar..hehe :)
I'M NOT mr_PERFECT I'M NOT mr_PERFECT 1:13 AM
blog aku salah satu tak keluar benda alah tu...dah la aku rasa font stp label blog aku tu besar...ko rasa cam mana??
d|n d|n 12:42 PM
tembak nuff ko..hehe
Nescafe ais Nescafe ais 1:02 PM
To I'M NOT mr_PERFECT:

~ Tutorial nih hanya utk template classic. Template baru memang x ada. Kalau nak edit, kena edit pada script template.
zaireey zaireey 11:48 AM
assalammualaikum,harap dpt bantu saya utk tambah warna pada website saya ni.terutama pada bahagian menunya.
zaireey zaireey 11:49 AM
cuba tgk kat sini http://www.ipip.edu.my/jpjk/news.php
amiryana amiryana 9:48 PM
macam mana nk post article yang font nye cantik2 selain dari font yang ade dlm tu?
wiwid wiwid 3:19 PM
layout nye tak ade pum
tapak_kasut2020 tapak_kasut2020 3:13 PM
tang mana haku nak cari layout tu??? dah berkurun haku cari...bleh bgtau skit dak.. tang mana layout tu duduk..???
AnonymousAnonymous 5:25 PM
macam maner nak tukar warna tulisan file yang ada kat desktop???