Perkara atau benda yang tidak patut ada pada blog kita.


Mungkin ada yang pernah baca entri gua sebelum ini, yang membicarakan tentang apa yang perlu ada dan perlu tiada di dalam sesebuah blog. Entri itu hanyalah sekadar pendapat. Tetapi kali ini,mungkin ianya sama tapi tak berapa nak serupa.

Memandangkan blog Mel Romeo dan Sukiprattle dah tulis tentang benda yang hampir sama dengan apa yang gua nak tulis pada entri ini, di sarankan supaya anda menjengah blog mereka. Ianya mungkin akan membantu kita semua. Dan pada pendapat gua sekali lagi, ianya memang sangat-sangat membantu. Tak percaya? Pergi jengah. Tapi, lepas habis baca entri ini. Mereka bilang sharing is caring. Jadi, gua dengan muka tak berapa nak malu, akan sharing is caring juga. Tak banyak pun, dua benda.

Dua benda yang mungkin akan menyebabkan ada pihak yang terasa hati, merajuk, mintak suruh hantar balik rumah mak lah, itulah inilah, tapi, gua tetap teguh menyatakan pendapat gua.

Jangan risau, ini bukan entri provokasi ataupun entri cari gaduh, jauh sekali cari jodoh. Ianya hanyalah sekadar pendapat yang ingin di kongsi bersama, tidak kira anda seorang yang suka berkongsi kereta, ahli kongsi gelap atau duduk di rumah kongsi. Janji anda 'cool'.


1. Tak payahlah minta visitor atau reader tulis verification words bila nak bagi komen. Kadang kala, verification words yang di beri tu memang payah nak baca. Dua tiga kali juga cuba. Simpan emas apa dalam blog? Memang remeh macam makan sireh. Tapi mulut boleh jadi merah. Jangan risau dengan spam. Tak adanya orang yang nak spam-spam.Kalau di spam, ludah saja pakai sireh. Biasa betul.

Takut dengan Anonymous. Benda tu biasa, dan boleh di delete. Tak pun, simpan dulu komen, dah baca, baru approve kan. Yang mudah, janganlah di susah-susahkan.


2. Audio atau bunyi-bunyian. Sama ada ia adalah bunyi-bunyian yang datang dari Mp3, radio (zaman Jepun, main radio kena pancung kepala), youtube dan sebagainya yang di set secara autoplay. Biasanya memerlukan masa untuk loading. Ia juga sebenarnya memakan bandwith yang besar juga jika anda hostingkan file bunyi-bunyian tersebut pada file host kerana setiap kali berlakunya view page blog, selama itulah berlakunya proses download dari hosting anda.

Juga, Kasihankan pada visitor yang mungkin mementingkan penggunaan bandwith. Masalah kepada pengguna broadband yang selalu download dan upload. Broadband unlimited? Connection unlimited, tapi bukan speed unlimited. Cukup had bandiwth, speed kembali berlenggang-kangkung. Gua pernah rasa.

Selalu gua terkejut bila terlupa turunkan voleume speaker, mulalah. Macam nak sumpit blog tu. Gua tetap sabar. Banyak pilihan. X kan ada. Harap ianya bukanlah antara salah satu faktor kenapa blogger Malaysia ramai yang sakit jantung semasa melayari internet.Heh.

Kalau tak tahan juga nak letak lagu kesukaan untuk menunjukkan yang kita adalah Die Hard Fan artist tersebut, hinggakan tak boleh tidur kalau tak dengar suaranya, setkanlah supaya ianya manual.


{ 77 comments.. read them below or add one }

MrsNor MrsNor 9:52 AM
salam...setuju sesangat sangat dgn pendapat 2 benda yg tak patut ada dlm blog. Blog akak tak ada semua tu...Bukan berfekdah pun benda2 tu.. menyusahkan aje..Terus terang akak cakap, kalau masuk blog yg ada music terus mute, kalau blog yg menarik sabar ler nak buka blog yg slow tu..kalau blog yg tak menarik terus angkat kaki....
fiD fiD 10:12 AM
betol sangat nie, cian sape2 yg gune broadband limited tue...

blog ringkas itu best! heee,, bia ringkas tapi padat! macam blog ko bro...

Apekate kalo ade contest blog terbaek malaysia, ko masuk! nanti aku undi ko.
touyakaruma touyakaruma 10:45 AM
Haah aku pun dah banyak kali dah cakap pasal letak background musik tapi still banyak blog letak gak . Bab kata diorang

"Ikut suka hati aku laa nak letak apa blog aku"

dan bab kata aku

"Ikut suka hati aku taknak masuk dah blog ko aku reader "
cryingangel cryingangel 10:47 AM
betul r..angel sokong.cian angel yg pakai beruk band ni..kadang2x rasa cm malas je nak komen..huhu....
kalaua de lagu plak...time buka blog banyak2x lagu dah cm abc + cendol je dah bunyi nyer....
last2x kena mute speker amlas nak dengar.....
beautiful_rose beautiful_rose 11:23 AM
salam....
pe y ko ckt tuh betol gak...tp de gak mende2 y aku x ikot sgt mcm letak mp3,heheh aku mmg ske dgr lagu coz kt ostel aku just gune pc pinjam so,x leh la nak suke suki wt folder sndr.

pasl verification words nieh aku x leh nak kte pe lah.sebelm nieh mmg aku x letak pon mende alah nieh.tapi lepas aku tuka layout,tibe2 blog aku x leh nak komen.mulenye aku x prasan smpi la de org tego,blog aku x leh nak letak komen,so terpakse lah aku setting letak verification words br leh komen...aku pon x tau pesal jd mcm tuh.
sukiminna sukiminna 11:24 AM
yer btul2 bunyi-bunyian bukan sahaja agak bingit kadang-kadang malah menghangkan laptop aku yang memang slow ini selain makan bandwith.

Tapi bandwith tak payah kesian sangat kat aku, aku pakai streamyx.hehe..
sukiminna sukiminna 11:25 AM
oh terima kasih linking aku dalam entri ni. bangga nama blog aku dapat masuk blog ini.ngehehe
Aiza Aiza 11:53 AM
no2 tu aku trasa sket tapi aku kah orgNya sdgkan aku pakai lagu 'you belong with me'.. tu pun tak berapa rancak.. grrrr -cakap lam hati-
butterflyana butterflyana 12:26 PM
salam singgah.
bab audio tu aku setuju. sangat mengganggu dan tak menghiburkan pun sebab kita jengah untuk membaca bukan mendengar lainlah entri ade video kann.

byk info dalam blog nih.
keep it up!
:)
:  bluedianthus : : bluedianthus : 1:14 PM
Dua-dua saya sokong..:) Fasal saya pun selalu terkejut gak bila dengar muzik ntah datang dari mana...sedangkan tak pasang pun mp3 player...huhu..
Fyzal Fyzal 1:51 PM
Bro.. nak mintak permission untuk "sharing is caring" article ni .. gua akan tulis in English..

hopefully permission will be granted.
fiD fiD 2:21 PM
bro, ajokan camne nak tukar skin background. leh? heee
Nescafe ais Nescafe ais 3:32 PM
@MrsNor

Hehe. Biasalah, ada juga yang minat benda-benda tu.
Nescafe ais Nescafe ais 3:33 PM
@fiD

Hehe. Masuk contest. Blog terbaek. Ada lagi banyak blog yang terbaek kat luar sana.
Nescafe ais Nescafe ais 3:34 PM
@touyakaruma

Haha. Tu lah masalahnya. Diorang syok sendiri.
Nescafe ais Nescafe ais 3:36 PM
@cryingangel

Ok apa ada cendol + ABC. Hehe. Time panas, sedap di minum.
Nescafe ais Nescafe ais 3:37 PM
@beautiful_rose

Benda tu boleh di setkan. Kena explore setting pada comment tu.
Nescafe ais Nescafe ais 3:38 PM
@sukiminna

Itulah. Nasib gua dah bertukar kepada TM Net. Kalau guna broadband lagi, mau merangkak-rangkak speed internet.
Nescafe ais Nescafe ais 3:40 PM
@Aiza

Hehe. Kalau rasa tak mengganggu, tak apalah. Tapi harus di ingat, tak semua reader mempunyai pemikiran yang sama dengan kita. Ada yang tak kisah dan ramai juga yang kisah sebenarnya.
Nescafe ais Nescafe ais 3:41 PM
@butterflyana

Tak menghiburkan. Hehe. Jangan bertukar mimpi ngeri sudahlah.

Terima kasih sebab sudi komen yer.
Nescafe ais Nescafe ais 3:42 PM
@: bluedianthus :

Kesimpulannya, jangan ON speaker bila buka blog. Hehe
Nescafe ais Nescafe ais 3:43 PM
@Fyzal

Tak ada hal. Di persilakan.Sharing is caring
Nescafe ais Nescafe ais 3:44 PM
@fiD

Kena tengok dulu, background tu pakai image ke pakai kaler.
+black.angelz+ +black.angelz+ 5:37 PM
hahaha..betul2..kdg2 masuk kat blog 2 sejuk jew mate memndg template dowg..skali kua lagu gns..mcm x ckup tgn padam blog 2..hihihi
Iza Iza 7:15 PM
blog aku la tu....dulu aku xtau...ko dh stop ke?dah lama aku x dgr lagu anak gembala....xpe xpe....mmg aku nk buang tp terasa syg.bila dh ramai yg x setuju, buat apa nk simpan lg kn....
beautiful_rose beautiful_rose 9:41 PM
huhuhuuh nak kaji mengkaji nieh y penang nieh.x leh sehari due aku kn budk br blajr...wt blog nieh pon makan mse buln2 br aku reti gune coding2 tuh sume...... =)
beautiful_rose beautiful_rose 12:03 AM
nasib bek blog ko membenarkan copy dn paste nieh...mcm de sesetgah blog,die wt tuto,tp x leh nak copy pulok....huhuhu make,menangislah aku mencarinye sndr.....
Dak Wan Dak Wan 1:15 AM
Cuba bayangkan kalau anda mereply komen....
pastu, anda buka semua blog tukang2 komen tu, then 5 lagu berjalan auto serentak....Apa agaknya yang akan terjadi?

Komputer akan [email protected] Lagi satu, please jangan letak pop-up advert sampai 10 k? Tobat nak bukak web tu lagi.
Iza Iza 2:02 AM
# @Dak Wan

Kalau aku, aku off je volume tu...itu dulu tp la ni aku dh buang dh...sbb dgr lagu yg aku tak minat, sakit telinga jgk...
..nOj.. ..nOj.. 11:07 AM
yup makk pun setuju sgt...
1. elok2 nk komen tetiba suh mintak code tu... terus makk x jd nk komen... x kose...

2. even do pc makk ni mmg makk x letak spiker, tp kdg2 kt umh kalo lupa nk mute spiker, mmg terus kuar sumpah seranah... dan makk kuar terus x kose nk lepak tempat bising... hahah
Nescafe ais Nescafe ais 11:45 AM
@+black.angelz+

Haha. Kena guna kaki lau mcm tu.
Nescafe ais Nescafe ais 11:46 AM
@Iza

Terpulang sebenarnya. Kalau rasa benda tu tak mengganggu, tak payah buang.
Nescafe ais Nescafe ais 11:47 AM
@beautiful_rose

Itulah pasal. Tapi ada yang copy paste entri kat sini. Lepas tu claim dia yang tulis. Gua pun tak boleh nak cakap apa dah.
Nescafe ais Nescafe ais 11:49 AM
@Dak Wan

Hehe. Ok apa. Ada juga hiburan sambil tengok PC hang.
Nescafe ais Nescafe ais 11:50 AM
@..nOj..

Hehe. Ok tu. Kira ada cabaran juga sebelum nak bagi komen
Aidi-Safuan Aidi-Safuan 11:53 AM
hahaha...kadang2 kelakar plak tengok verification word tuh...
kuar perkataan "unpig"
ape kes?haha
Melz Melz 11:55 AM
Macam nak sumpit blog tu. Gua tetap sabar. Banyak pilihan. X kan ada.

wakakaka SUMPIT! takleh blah aku baca..
Nescafe ais Nescafe ais 11:58 AM
@Melz

Apa gelak-gelak, nak kena sumpit jugak ker. Hahaha.Nasib baik blog MelRomeo tak ada bunyi, kalau tak dah lama dahh..
Mr ProPiTo Mr ProPiTo 12:24 PM
aku kekandang suke blog yang ada lagu.. senang aku nak download lagu best2..hahaha.. tak yah g 4share.huhu
Nescafe ais Nescafe ais 12:35 PM
@Mr ProPiTo

Tu blog download. Ni maksudnya, bukak blog jer terus keluar lagu.
Aiza Aiza 12:22 AM
Jap yea.. Bnda neh kena fikir 47 kali.. ekekeke.. lagu kesayangan tu.. Tp btul gak cakap bro tu.. De reader suka n tak suka kan.. hurm.. Nnt2 la yea..

Btw, nescafe satu.. Masuk lam buku 3 5 oke.. ahahaha
Nescafe ais Nescafe ais 12:34 AM
@Aidi-Safuan

Kahkah. Dah mencarut pulak dah tu.

Gua pernah jumapa 'sodom'. Lagi legend.
Mr. tercabut Mr. tercabut 1:24 AM
Mr. T setuju sgt... tp Mr. T letak gak music auto.. nak tau kenapa.. sebab nak amik mood org baca artikel.. Mr. T tau.. music kebykkan slow... bila pakai broadband.. org kata sekat-sekat...
just nak share.. kalau nak bagi cepat loading.. make sure format ada .swf ... jd lagu kurang sangkut-sangkut...

just for sharing! Singgah k.. http://www.tercabut.blogspot.com
Nescafe ais Nescafe ais 12:51 PM
@Mr. tercabut

Haha. Thanks for the info
anys anys 11:27 PM
yup.. tau xpa..
sy xsuka bila masuk ja blog owg tuh tetiba ja kuaq lagu.. sekali volume plak terbukak kuat kan.. terkejut den..
hehe..
wansteddy wansteddy 7:26 PM
betul sngt2 pasal lagu tu.
nak hiburan pasang iTunes la (ops!)
kdg2 kalau server suam2 kuku nak gerak, saya tak jengah langsung blog2 yg memang dah dikenalpasti ada gadget radio cenggini. malas nk bersabar tgu loading pages. huhu....
GiGGLe GaL GiGGLe GaL 3:50 PM
gua setuju both point lu tu..wakaka.. gua pon penah tekejut suatu ketika pada jam 2 pagi yg hening dengan lagu ntahapape..ekekekeke...
Cik Nadzrah Zainal Cik Nadzrah Zainal 7:47 PM
setuju2, kadang-kadang rasa tekejut dengan lagu-lagu daripada blog yang dilawati. Kalau just instrumental ok la jugak, tapi lagunya kadang-kadang membingitkan telinga and most important, autoplay..pening pale...
.:iz-AnN a.k.a cOmOt:. .:iz-AnN a.k.a cOmOt:. 9:53 AM
salam...bro...saya kopi entry ni bulat2 dan masukkan kat blog saya...pastu saya tak lupa kreditkan tuk bro...mekasih ya...
Nescafe ais Nescafe ais 10:36 AM
@.:iz-AnN a.k.a cOmOt:.

Ok, terima kasih juga. :)
Ah Moy Ah Moy 10:55 AM
ermmm...bagus ar tips ni...best2...
SuKEJunpyo SuKEJunpyo 8:14 AM
Setuju weii,especially time tenet yg nyawa2 ikan tu..huhu
RaMa2UnGU RaMa2UnGU 4:50 PM
tak thn kalau yg pasang lagu tu...word verif tu ok lagi la..adeeehh
pls la.takyh la psg laguu22 tu
tokwan tokwan 5:48 PM
hati2 kepada yg cover2 buka blog kat ofis..hohohoh
MD SABRI BIN IBRAHIM Al KELANTANI MD SABRI BIN IBRAHIM Al KELANTANI 12:31 AM
SAYA BERSETUJU DENGAN SEMUA DI ATAS.
Zek Hafizi Zek Hafizi 5:59 PM
salam semua..
nak tergelak pun ada baca post ni..
apa pun..thanks.
AnonymousAnonymous 7:40 PM
salams..Bagaimana nak delete komen yang tidak baik dalam shoutbox kita.TQ
kak_ina kak_ina 12:21 AM
@cryingangelbetul tu, ari tu saya kena lagi teruk, blog nama lain, didalam lain cerita, kena pula pak tiri lalu kat belakang, rasa kudong kepala, pastu kena pula NOT RESPONDING, pak tiri tanya la, hang ni tengok gambar apa? kudong kepala.
Pendekar Berkuda Pendekar Berkuda 4:45 AM
:: nak cerita sikit...
mak hamba bising2 sebab hamba punya laptop bunyi macam kat disko je...

mula2 hamba ingat orang lain pasang lagu..rupa2nya dari blog yang hamba bukak...trus hamba delete!... hahahaha...kesian....

:: yelah..tak pasal2 hamba pulak yang kena marah...hadoii...

:: kalau nak blogwalking sekarang ni hamba mute je terus laptop hamba...hahaha....walaupun annoying sebenarnya... ye lah..pasal orang lain kita pulak kena berkorban...hampeh kan??

:: pasal bandwidth...hamba harap blog hamba tak besar sangat bandwitdth nya... huhu...

sekian...wassalam...
Cik Fasya Cik Fasya 7:26 AM
alhamdulillah...murah rezeki sebelum raya..nak tahu cara2 nak murah rezeki tengok di sini => http://www.murahrezeki.cjb.net
Afiq Afiq 2:55 AM
Assalamu'alaikum..huhu btul2..aku mmg xsuka kalau blog yang ade muzik2 ni..kadang2 mengganggu kensentrasi nak membaca :)
elza elza 4:02 PM
saya sangat bersetuju... menganggu konsentrasi membaca
zmah zmah 6:04 AM
info yang bagus....akak pun nak buat blog yang baik dan berilmu
pN.rOs pN.rOs 2:52 PM
uikhhh sungguh betoi benor adanyer tuh...
selain lembap bak labi2 juga kadang2 kalu kena pada lagu yg i xsuka xsuka xsuka.. laju jer klik blog lain... hehehe
haszuraidah ishak haszuraidah ishak 11:06 PM
salam bro..

tak pahamla cane nak buat item no.5 cam melromeo habaq tu

5. Ramai antara blogger lupa tentang ini Setting URL pada Widget Follower
Follow Blog Korang sendiri > Option > Site Settings > Add Links > URL blog
Asri Asri 1:22 PM
Hahaha.. Yang No.2 tu setuju sangat.

(Thumb Up)

Reload Mudah, Murah. Personal Use first!
Mad Mad 9:23 AM
Salam, terima kasih bro.info yang berguna untuk para blogger.
yahaya yahaya 10:31 AM
apa yg terdapat pada artikel mmg saya sokong..sgt.very friendly admin
Cik Su Cik Su 11:19 PM
betull..kadang2 broadband overlimit sebab berblogging nie..haha..cian saya..kawan2. tolong ringankan blog korang dan elak pop up ye
~hAKim ZaiLAn~ ~hAKim ZaiLAn~ 8:41 PM
betol3..patotla bband aku cpt smpai limit..
huhu,,
Aina Lisa Aina Lisa 12:51 AM
yer..setuju sgt2..sy newbie. leh x wat entry ttg cmne nk biar blog kite dikenali ramai..huhu.. bg yg baik hati tu, silalah kunjungi blog sy. sila komen dan follow sekali yer..

karyainalisa.blogspot.com
AnonymousAnonymous 4:53 AM
jangan lha takut engan Anon , lol lha !!
AnonymousAnonymous 4:54 AM
Anon lah yg memeriahkan majlis , ahhahahaha
JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI 2:23 AM
Paling tak suka kalau minta verification ni...securitylah konon tapi tu tak penting...yang penting boleh dapat backlink ke blog kita...
Cer Cite Cer Cite 2:24 AM
Ingat awal2 berblog dulu...semua widget nak dimasukkan ke dalam blog...