Cara pasang Facebook share button dengan counter di Blogspot

Untuk memasang Facebook Share Button pada setiap post di bawah post title,seperti yang boleh anda lihat pada blog ini, hanya ikut beberapa langkah yang mudah di bawah.

Langkah 1

Pergi ke http://www.facebook.com/facebook-widgets/share.php dan pilih style button yang ingin anda pasang pada blog. Anda juga boleh memilih button dengan counter.

Langkah 2

Log in blog = Dashboard => Design => Edit HTML. Seterusnya, tick pada kotak Expand Widget Templates.

Langkah 3

Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci F3. Seterusnya taip atau paste kod <div class='post-header-line-1'/> pada kotak Find dan seterusnya, klik Find. Jika kod tersebut tiada, anda boleh menggantikannya kod <div class='post-header-line-1'> atau <data:post.body/>

Langkah 4

Salin kod yang telah siap pada Langkah 1 dan paste kod tersebut di bawah atau selepas kod <div class='post-header-line-1'/> atau <div class='post-header-line-1'> atau <data:post.body/>

Akhir sekali klik Preview, dan jika tiada mesej Error yang terpapar, klik saja Save.


P/s: Jika anda ingin mengubah kedudukan button tersebut, anda boleh gunakan kod ini untuk memaparkan button pada sebelah kanan atau kiri

<div style="float:right;padding:4px;">
Masukkan kod Facebook Share Button di sini
</div>

Gantikan right kepada left pada float jika anda ingin memaparkan button pada sebelah kiri

Contoh:

<div style="float:right;padding:4px;">
<a name="fb_share" type="button_count" href="http://www.facebook.com/sharer.php">Share</a>
<script src="http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share" type="text/javascript"></script>
</div>


{ 24 comments.. read them below or add one }

Iza Iza 9:29 PM
Wah....dah berubah wajah.
Nescafe ais Nescafe ais 9:35 PM
@Iza

Template yang sama. Juma ubah sikit-sikit.
petite_girlz07 petite_girlz07 9:54 PM
terima kasih......

:)
Hajar Goh Hajar Goh 10:47 PM
YER LER...CANTEKKK
zulkbo zulkbo 11:06 PM
salam..
wahh berubah kaler da
menarik gak..sesekali
tukar baju erkk..ha ha
good tutorial saudara
terima kasih berkongsi
Nescafe ais Nescafe ais 11:47 PM
@zulkbo

w,salam. Cuma tukar kaler dengan edit sikit-sikit. Nak tukar template baru, leceh sikit. Banyak benda nak edit. Setakat tukar warna jer lah yang termampu. Hehe
kinsyakrn kinsyakrn 8:42 AM
makin lamamakin senang..makin mudah faham nes ais buat tutor.. besh !!!
Miss_Yanfie (,")(",) Miss_Yanfie (,")(",) 12:21 PM
En. Nescafe Ais, boleh x buat tutorial macamana nak asingkan widget² kat sidebar ke dalam column²? @ sudah ada tutorial tu? tp cari x jumpe plak... Thanks♥
X-treme Studio X-treme Studio 3:22 PM
halluu bro..
ni nak tnyalaa.. aku dah letak dah icon share FB tu, tp apsal dia x kuar no kat button count tu yek?..
muskil laa.. tiap kali tick je dia kuar..
pas tu bila ke page lain, no kat button count tu
dah ilang balik dah.. camner tu?..
vina vina 8:34 AM
salam--mm---baru blaja nk berbeloggg--thankz
Ann Ann 1:32 PM
prob yg same mcm x-treme
wan wan 10:10 AM
salam nes..mcm mana kalau nak samakan kedudukan like button fb nie gan like button fb? ada cara x? visit my blog .
...mIsS chOki chOki... ...mIsS chOki chOki... 1:37 PM
awak...sy da buat kat blog sy. tapi semua kedudukan like n share dok kat atas. sy nak letak kat bawah. mcm mana eh?
FiRDHAUS FiRDHAUS 3:23 PM
terima kasih..sudah try dahh..
ahsfantasy24 ahsfantasy24 7:51 AM
knape die jadi buton like ek?
buton share? huhu~
Syat0za Syat0za 9:17 PM
opss, bro nescafe! ^^, boleh update valik tak entry ni? sebab FB dah lain dah cata dia :(
cokelathati cokelathati 10:59 PM
betul! setuju sgt. FB da disable coding share ni la? boleh update blek x? LIKE button je ade.

nnt kalu da edit, roger eh?
sgt2 nak share button ni :)

http://www.cokelathati.blogspot.com/
AwidHayati AwidHayati 3:43 PM
kenapa bila dah klik like dia terus like sumer post?hhuuaaaa... visit myblog utk reconfirm ye.. tq

http://awidhayati.blogspot.com/
Anonymous oneAnonymous one 10:00 PM
kenapa dia tulis angka siap2 yang share tu ..pastu sama pula setia post? adakah saya silap
FAKHRUL FAKHRUL 11:28 PM
Cepat McD Promosi Burger Free
http://goo.gl/8Ixij
FAKHRUL FAKHRUL 11:30 PM
Cepat McD Promosi Burger Free
http://goo.gl/8Ixij