Tips memilih template dan dekorasi pada blog

Kalau kita lihat sekarang ni,dah banyak template-template bagi pengguna Blogger yang sangat menarik. Di tambah pula, Blogger dah berjaya masukkan Template Designer sebagai feature yang di nanti-nantikan oleh penggunanya. Penambahbaikan pada widget-widget yang disediakan oleh Blogger dan yang dibina untuk Blogger juga semakin baik fungsinya.

Apa yang telah di sediakan kepada pengguna Blogger, sepatutnya  sudah memenuhi citarasa. Hanya kretiviti sendiri yang akan membuatkan sesebuah blog itu nampak menarik. Template Minimalist dengan dekorasi yang ringkas juga sebenarnya mampu membuatkan sesebuah blog itu menarik perhatian jika pemiliknya kreatif.

Tips memilih template

Template-template yang menarik biasanya menggunakan banyak image yang bersaiz besar. Ianya sebenarnya akan memberi kesan semasa page loading. Di tambah pula jika image tersebut di hosting pada Photobucket ataupun Flickr.

Untuk memilih template yang mempunyai banyak image yang bersaiz besar, pilih template yang imagenya di hostingkan di Blogger. Biasanya, URL image tersebut adalah seperti  contoh di bawah:

http://2.bp.blogspot.com/_LZtXSNcp76A/SyF0Zwxv-FI/AAAAAAAAAuE/yzF3mpL-OsI/s320/Cord_Texture_BG.jpg

Dekorasi pada blog

Bagi pengguna Blogger yang ingin membuat dekorasi pada blog, kita seharusnya faham, semakin banyak widget pada blog, semakin lama masa yang di ambil untuk  blog kita loading. Ini kerana, widget-widget tersebut berasal dari hosting yang pelbagai. Ini  sangat mempengaruhi kelajuan dan masa page blog kita untuk loading pada Internet Browser.

Untuk mengelakkan blog menjadi berat, gunakan widget yang kita rasakan sesuai dan perlu sahaja untuk di pasang di dalam blog.


{ 12 comments.. read them below or add one }

Hadi Cemas Hadi Cemas 12:15 AM
salam nes ! nak tanya la , macam mana nak buat slide show macam kat atas tu ?
cikgu isza cikgu isza 12:21 AM
salam tuan punya blog,
blog ini semakin hari semakin cantik..
:)
Nescafe aisNescafe ais 12:25 AM
@Hadi Cemas

w,salam. Rasanya macam dah ada tutorialnya. Cuba cari kat button search. Dah tak ingat linknya.
Nescafe aisNescafe ais 12:29 AM
@cikgu isza
W,salam. Terima kasih :)

Bolehlah kalau setakat nak edit sikit-sikit nak bagi nampak kemas.
zulkbo zulkbo 2:18 AM
salam..
betul kata anda..
setuju sangat..
terima kasih info bro
naem naem 6:04 AM
hu..aq ok x? hehe
iza iza 2:07 PM
Salam...

Aku ada tukar template baru guna background dr grsites.com
Agak2 mesra tak dgn SEO?
RedBoy RedBoy 1:01 PM
salam nes..

blog red ok x? ada komen tambahan?
Aimi Aimi 6:34 PM
mcm mn nk wat c box huh???
Honeyvsbee Honeyvsbee 11:08 PM
Blog saya berat amat. .tak tau dah nak buat widget ape. .
Rosi A.M Al-Ya'kubiyy Rosi A.M Al-Ya'kubiyy 10:21 PM
Saya selalu kunjung blog ni...
ummu ummu 5:30 AM
terima kasih
blog yang sangat bermanfaat
selalu saya dtg sini
silent reader