Cara buat flash banner dengan Aleoflash Software

Pada entri yang lepas,terdapat tutorial bagaimana untuk membina image, banner atau header beranimasi dengan Aleoflash(sila klik). Mungkin penerangan tentang Aleofalsh tersebut yang terlalu ringkas menyebabkan ada yang kurang faham. Jika anda masih kurang faham apa itu aleoflash, sila rujuk semula entri Cara mudah membina image, banner atau header beranimasi dengan software AleoFlash. Anda juga boleh download software Aleoflash pada link yang diberi.


Cara buat Flash Header dengan Aleoflash

Klik pada Panel Size and sound yang terdapat disebelah kiri.Ubah nilai width dan height mengikut saiz header blog anda. Contohnya width: 800px dan height: 600px (saizheader untuk template classic minima). Pada background sound, untick pada kotak Play background sound in Flash movie jika tidak mahukan ada efek bunyi. Pada bagahian Options pula, untick kotak Generate compressed Flash movie dan Add preloader to Flash movie.


Panel Background=  Anda boleh memilih sama ada menggunakan transparent background ataupun Solid color ataupun background berstail dengan Gradient color. Anda juga boleh masukkan image atau flash dibahagian Background image and flash movie.


Panel Effect = Anda boleh memilih efek yang dirasakan bersesuaian untuk background. Terdpat 37 jenis efek untuk background yang boleh di cuba. Bahagian Key dan Value juga boleh diedit mengikut kesesuaian.


Panel Text and image= anda boleh masukkan teks yang sesuai ataupun  tajuk blog. Untuk mengubah font,klik pada tab Edit font style dan kemudian klik pada icon Edit selected font style. Anda boeh memilih jenis font, saiz, style dan warna. Anda juga boleh memasukkan image yang sesuai dengan klik pada Add image.

Untuk memasang efek pada teks, klik pada tab Effect dan anda boleh memilih sehingga 57 jenis efek. Jika anda mahu menambah lagi image atau teks, hanya klik pada Add image atau Add text.

Untuk mengubah kedudukan teks atau tajuk blog, anda boleh mengubahnya pada tab Positition.Untuk lebih mudah, gunakan Use relative position. Edit nilai pada bahagian Offset untuk vertical dan horizontal sehingga anda berpuas hati dengan kedudukan teks tersebut.

 Pada tab Web Link, anda boleh masukkan URL pada teks tersebut. Tick pada Open web page when user click on the text. MAsukkan URL blog anda pada ruang URL address

Jika anda ingin mengubah speed atau delay teks tersebut, ada boleh mengubahnya pada bahagian Display as dynamic text. Jika inginkan teks tersebuat berkeadaan statik tanpa efek, tick pada Display as static text on background.


Panel Publish= Setelah selesai dan berpuas hati dengan header tersebut, klik pada Panel Publish dan seterusnya klik butang Publish. Pada pop up window yang muncul, tick pada Publish as Flash movie(.swf). seterusnya klik Ok. Namakan dan Save file tersebut.

Untuk memasukkan flash header yang telah siap itu, anda boleh rujuk entri Cara upload dan masukkan file swf (flash) pada blog(sila klik)


{ 10 comments.. read them below or add one }

IKRAM IKRAM 4:13 PM
terima kasih bro nes.. memang bagus software ni :)

last post:
gigs = gaya indie gaya sakai
M.Zaki M.Zaki 10:13 PM
salam cikgu, terima kasih, saya dah berjaya buat header yg best! haha... tima kasih tima kasih... pastu nak tanya... mcm mana kita nak edit header tu pulak selepas kita dah save...? TQ
BLOG SENSASI BLOG SENSASI 9:54 PM
info yg bagus thnks
Zainol Rashid Zainol Rashid 9:41 AM
Nice info.... Tp apesal ako download aleshaflash tue, software dia jadik tah hapa2 jerk...
Tourism Training Academy Tourism Training Academy 4:36 PM
tak bagus sebab ade domain website yang gune tu....
http://shinetourism-academy.blogspot.com/
MalaysianCareer MalaysianCareer 11:12 PM
Ada watermark company tu x bile dah siap buat banner dengan software ni?
GPS Tracking GPS Tracking 2:05 PM
Keep posting! berguna skali.
building signage building signage 4:58 PM
Nice topic.. di update lagi ya.
Index Apk Index Apk 2:21 AM
wuih, keren ya jadinya