Mylesen Bantu Belia Dapatkan Lesen Motorsikal Tahun Depan

Program Mylesen yang akan diperkenalkan Januari depan menyasarkan kira-kira 500,000 peserta setahun sebagai usaha membantu rakyat khususnya belia yang bermasalah, mendapatkan lesen motosikal. 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata mereka yang disasarkan ialah kelompok usia 16 hingga 45 tahun, terutama pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta. 

"Objektif Mylesen adalah untuk menggalakkan belia yang kurang berkemampuan memiliki lesen memandu motosikal kelas B2 yang sah," katanya kepada pemberita selepas program Hari Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bersama Pelanggan, di sini, malam tadi. 

Abdul Aziz berkata, dengan kadar bayaran RM198 seorang, program itu turut mendidik peserta tentang undang-undang jalan raya sekali gus membina etika pemanduan selamat dalam kalangan belia. 

Langkah ini katanya, diyakini dapat membantu kerajaan merealisasikan matlamat mengurangkan kadar kemalangan motosikal selain mengelak pihak ketiga mengambil keuntungan melampau daripada calon yang ingin mendapatkan lesen memandu. 

Katanya, program itu akan dilaksanakan oleh JPJ negeri dengan kerjasama Persatuan Institut Memandu Malaysia yang mempunyai 195 buah institut memandu di seluruh negara. 

Sementara itu, Pengarah JPJ Johor, Johari Yusof ketika berucap dalam majlis berkenaan, berkata perkhidmatan kaunter bergerak JPJ Johor akan diperluaskan dengan penambahan tiga buah van berbanding hanya sebuah ketika ini. 

Beliau berkata, lebih banyak kiosk juga akan disediakan di tempat tumpuan awam terutamanya di pusat membeli-belah, untuk memudahkan orang ramai berurusan dengan JPJ berbanding hanya empat kiosk ketika ini yang disediakan di Johor Bharu, Kluang dan Muar. 

Katanya, antara khidmat yang disediakan melalui perkhidmatan kaunter bergerak JPJ dan kiosk terbabit ialah memperbaharui lesen memandu, membayar saman serta menukar lesen lama kepada yang baru. - BERNAMA

Klik untuk Daftar MyLesen secara Online
Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah,Sarawak, Selangor, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya,
Mylesen Bantu Belia Dapatkan Lesen Motorsikal Tahun Depan


{ 28 comments.. read them below or add one }

Re-Use Bundle & Beauty Products Re-Use Bundle & Beauty Products 4:42 PM
Salam 1 malaysia.
Harap2 MYLESEN ni btul2 dapat bantu belia utk dapatkan lesen.
Jgn macam BL1M nama ja bantuan tapi mnyusahkan.
juan hafiz juan hafiz 2:34 PM
bulan brape blh buat permohonan??
AnonymousAnonymous 11:47 AM
Saya mahu daftar [email protected]
nalini ramiah nalini ramiah 4:17 PM
saya pun nak daftar...[email protected]
bila boleh start daftar untuk tahun ini 2014
AnonymousAnonymous 2:56 PM
saya pun nak daftar .. bile boleh start buad permohonan ?
AnonymousAnonymous 2:23 PM
SY PN NK DAFTA,,DUIT BNYAK DH HBIS DI SEBABKAN NK BUAT LESENG.TPI SMPAI SEKARNG XDAPAT2
AnonymousAnonymous 2:06 PM
sy pun nk dafta lesen kereta .boleh dafta lagi ke
Nor Fajrina Fatli Nor Fajrina Fatli 12:53 AM
Salam saya hendak daftar sgt lesen ni.. Harap2 btl lah.. Sbp lesen biasa mahal sgt dan saya x mampu Sbp saya bkn org sng..
AnonymousAnonymous 9:31 AM
Nak daftar jgk.umur dh tua ni.xde lesen lg...huhu... Harap2 sy layak menerima mylesen nih..aminnnn....
Dk Darkness Dk Darkness 1:00 PM
mcm mna sya nak daftar onlie bole bgi sdkit info tak?
Herman herman sah Herman herman sah 3:32 PM
saya nak daftar lesan memandu
boleh tunjuk ajar cara memohon
Vickneswari Vickneswari 10:53 AM
Saya nak daftar borang lesen memandu...
Mcm mane ni nak daftar borang memohon lesen memandu ni....
Tolong ajar cara memohon ni....
AnonymousAnonymous 2:13 PM
saya nak daftar lesan memandu
boleh tunjuk ajar cara memohon online
atan hks atan hks 9:52 PM
kenapa x skg daftar mylesen
Achik Hafizs Achik Hafizs 4:51 PM
Saya nak daftar mylesen
Unknown Unknown 7:07 PM
Saya nk daftar mylesen . [email protected]
yusrizqkate yus yusrizqkate yus 10:15 PM
Bile starttt permohonan..
apakeeebendanyeee apakeeebendanyeee 4:32 PM
knp tiap kali buka webpage daftar online.....xbdpt nak masuk...apa ni.jpj nak pajak ka semua kuota tu
awie lenrry awie lenrry 10:34 PM
Sya sda dftar nie mylesen..tngll kena call lgi..harap betul lha ni mylesen...
Unknown Unknown 6:14 PM
[email protected].saya nak daftar
Unknown Unknown 2:36 PM
Saya pun nak daftar tolong ajar saya macamana nak daftar
fazli zali fazli zali 2:01 AM
Macam mana caranya???
AnonymousAnonymous 3:58 AM
Saya pun nk daftar
Ain Amin Ain Amin 2:23 PM
Saye nk daftar
[email protected]
sya fiq sya fiq 6:59 AM
Saya pun nak daftar [email protected]