Borang permohonan online skim MYHOME Perumahan mampu milik swasta

Kira-kira 10,000 individu berpendapatan sederhana bakal menikmati bantuan kewangan maksimum RM30,000 menerusi Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome).

Menerusi skim yang bakal dilaksana pada April, pembeli yang layak boleh menggunakan bantuan itu sebagai wang pendahuluan untuk membeli rumah.

Skim MyHome adalah insentif kepada pemaju perumahan untuk mendorong mereka membina lebih banyak rumah kos sederhana rendah.

Cara pembayaran Skim MyHome.
  • Bayaran insentif RM30000 daripada harga rumah akan dibayar kepada pemaju secara upfront melalui skim MyHome  ini dan baki harga rumah akan dibiayai sendiri oleh pembeli.
  • Pembayaran RM30000 ini adalah termasuk bayaran deposit sebanyak 10% kepada pembeli apabila surat perjanjian jual beli ditanda tangani.
Syarat-syarat kelayakan
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Pembeli rumah pertama.
  • Permohonan satu (1) unit rumah kepada setiap isi rumah.
  • Pendapatan isi rumah: 
                MyHome 1 : RM3000 – RM4000
                MyHome 2 : RM4001 – RM6000

Ciri-ciri rumah mampu  milik di bawah Skim MyHome

  • Rumah-rumah yang dibina di bawah Skim MyHome dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. 
  • Projek di bawah Skim MyHome perlu disediakan dengan kemudahan-kemudahan asas seperti tempat letak kenderaan, dewan, surau dan taman permainan. 
Moratorium yang perlu dipatuhi oleh pembeli rumah yang layak 
  • Tempoh moratorium dikenakan selama 10 tahun. 
  • Syarat moratorium dimasukkan dalam surat tawaran kepada pembeli, Surat Perjanjian Jual Beli dan dokumen hakmilik tanah (di bawah sekatan kepentingan). 
  • Tempoh moratorium dikira bermula selepas Surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani.
  • Pindah milik/jualan kepada ahli keluarga terdekat seperti suami/isteri/anak dibenarkan.
Cara memohon

Permohonan dibuka kepada orang ramai yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan melalui cara-cara berikut :
  • Permohonan atas talian di http://ehome.kpkt.gov.my/
  • Muat turun borang (download) di laman web Jabatan Perumahan Negara (JPN), KPKT iaitu http://ehome.kpkt.gov.my/
  • Mengambil borang di Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada JPN di alamat yang berikut: 
                    Tirnbalan Ketua Pengarah(Pembangunan)
                    Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar,
                    Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Aras 34, No. 51,
                    Persiaran Perdana Presint 4,
                    62100 Putrajaya
                    Telefon: 03-8000 8000 Faks : 03-8891 4227

Klik untuk Pendaftaran secara online Skim MyHome

Klik untuk Download borang permohonan Skim MyHome

Klik untuk Laman web myhome.kpkt.gov.my
Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah,Sarawak, Selangor, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya,


{ 21 comments.. read them below or add one }

sengseng sengseng 12:36 PM
I pernah beri rumah,tapi rumah itu sudah jual.ada kah saya masih boleh ambil skim ini bagi rumah yang saya akan beri.

AnonymousAnonymous 11:03 AM
Beli bukan beri.
Farah Wahida Farah Wahida 5:41 PM
bile agak2 nyer semakan akan dibuat
AnonymousAnonymous 10:28 PM
Klau tidak ada kata laluan mcm mana? Isi borang manual da.. isi online x pernh.
AnonymousAnonymous 1:16 PM
Biarlah dia nak beri..Janji bukan biri-biri
AnonymousAnonymous 6:20 AM
Kalau baru dapat kerja, slip gaji belum dapat lagi bagaimana?
yusr yusr 12:53 AM
Nak daftar secara online macam mana?
Boleh bantu ?
yusr yusr 1:03 PM
X blh nk isi borang Cara online k?myhome
AnonymousAnonymous 11:09 AM
nak tya,...utk swasta je ke.. utk kakitangan govermant boleh apply x
Rosmani Ahmad Rosmani Ahmad 6:12 PM
yg gaji 2500 cam saya ni melopong la.....mmg x kan ad rumah la gamaknya.
Zaquan KD Zaquan KD 11:00 AM
Besit 900...sedih.. Sewe umah jelah sampai mati
Unknown Unknown 12:48 AM
Ada tau napa setiap kali saya nak daftar
Benda nie akn keluar
"No kad pengenalan telah wujud" katanya
purple queen purple queen 2:04 PM
harap pemohonan rumah pertamaku ni lulus lah,sekarang sewa makin mahal,ape2 pun terima kasih sebab buat macam ni khas orang yg kurang kemampuan...
hasaidi hasaidi 6:53 PM
rumah mampu tengok je
AnonymousAnonymous 9:29 AM
Org dh kwin je ke org bujang tak boleh ka.org brniaga ada ssm je tak boleh ke
حالد موره حالد موره 12:47 AM
saya ada beli rumah tapi dah jadi rumah hantu...adakah saya layak mohon skim myhome ni
Miz IzaH Miz IzaH 10:45 AM
Dah daftar..macam mana nak tahu pendaftaran complet @ tidak?
AnonymousAnonymous 2:39 AM
Nk kemaskini xblh..kata laluan lupa.reset smula pn xblh.ada sipa2 blh bantu? Tq
Unknown Unknown 3:07 PM
My home ni skim rumah pertama...kalau dah ada rumah tak boleh mohon..lagi kalau dah beli rumah my home syaratnya tak boleh jual atau sewa dalam masa 10tahun...rumah my home ni murah tapi kos maintenance tinggi sngat 150 sebulan..tudiaa bukan rumah mampu milik tu