Data pengguna WhatsApp tidak selamat ?

Aplikasi WhatsApp berada di kedudukan paling teruk bagi aplikasi atau perisian yang melindungi data pengguna daripada diintip kerajaan, menurut sebuah yayasan yang menjalankan kajian berhubung pengintipan Internet.

Hampir setiap ciri WhatsApp dikritik oleh The Electronic Foundation (EFF) dalam laporannya bertajuk Who Has Your Back? dengan menyatakan bahawa WhatsApp berkeupayaan memberikan maklumat kepada kerajaan sekiranya diperlukan.

Apple merupakan satu-satunya daripada beberapa syarikat yang mendapat kelulusan tentang semua lima kriteria yang ditetapkan oleh EFF diikuti Dropbox, Adobe, Wikimedia, WordPress, dan Yahoo yang mendapat markah penuh dari yayasan tersebut.

Laporan itu meletakkan lima kriteria kepada syarikat teknologi iaitu sama ada mereka mengikut amalan terbaik untuk keselamatan data, memberitahu pengguna apabila kerajaan memerlukan data, terbuka tentang dasar tentang pengekalan data, mendedahkan apabila kerajaan meminta supaya kandungan dibuang, dan secara terbuka menentang jalan lain yang membolehkan kerajaan mendapat akses mudah kepada data tersebut.


4 comments.. read them below or add one

Hans Hans 1:12 AM
okay baru tahu
kerja sendiri kerja sendiri 7:34 AM
susahla kalau data user wasap senang2 je kerajaan amik.
aziz bboys peace aziz bboys peace 12:36 PM
Jom rmai2 pkai yahoo or gmail