Malaysia cadang bina loji nuklear pada tahun 2029

Bagi mengatasi masalah penggunaan tenaga yang semakin meningkat, Malaysia bercadang untuk membina loji nuklear seawal-awalnya pada tahun 2029.



Proses pembinaan loji nuklear tersebut bakal mengambil masa kira-kira tujuh setengah tahun dan perlu melalui berapa prosedur termasuk kelulusan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Kawal Selia Tenaga Atom dan kelulusan Parlimen.

Rang Undang-Undang Kawal Selia Tenaga Atom memberi penekanan terhadap aspek keselamatan penggunaan tenaga nuklear selaras dengan garis panduan yang ditetapkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).


0 comment... add one now