Beza Matrikulasi, Asasi dan Tingkatan 6

Beza Matrikulasi, Asasi dan Tingkatan 6. Memandangkan peperiksaan SPM 2016 telah pun berakhir, para pelajar amat disarankan untuk mula melakukan kajian mengenai tempat yang sesuai untuk menyambung pelajaran bagi peringkat seterusnya. Artikel di sini akan menceritakan tengang beza matrikulasi, asasi dan tingkatan 6.

Beza Matrikulasi, Asasi dan Tingkatan 6

Beza Matrikulasi, Asasi dan Tingkatan 6

i. Matrikulasi

  • Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lebih mengfokuskan kepada 3 bidang pengajian, iaitu bidang sains, bidang perakauan, dan bidang teknikal.
  • Tempoh waktu program ini terbahagi kepada 2 iaitu Program Satu Tahun (2 semester) ataupun Program Dua Tahun (4 semester). Kedua-dua program ini disusun berdasarkan kelayakan dan keputusan SPM yang anda perolehi.
  • Sijil lepasan matrikulasi tidak boleh diguna pakai bagi memohon pekerjaan. Walaubagaimanapun, sijil tersebut boleh digunakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda berdasarkan bidang yang ingin anda ceburi serta kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

ii. Asasi

  • Program Asasi diuruskan oleh universiti yang terpilih di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Terbahagi kepada beberapa bidang dan mengambil masa antara setahun sehingga 2 tahun berdasarkan bidang yang diambil.
  • Silibus program lebih bersifat fokus kepada bidang jurusan yang bakal diambil ketika program ijazah sarjana muda.
  • Antara universiti yang menyediakan program asasi adalah:
  1. Universiti Malaya
  2. Universiti Putra Malaysia
  3. Universiti Sains Islam Malaysia
  4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  5. Universiti Teknologi Mara
  6. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  7. Klik sini untuk melihat senarai universiti awam di Malaysia.

iii. Tingkatan Enam

  • Mempunyai 2 aliran yang ditawarkan iaitu aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains.
  • Tempoh pengajian adalah selama 1 tahun 6 bulan.
  • Sebanyak 22 mata pelajaran yang disediakan dalam sistem STPM. Namun hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang dipilih termasuklah mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran yang wajib diambil.
  • Mata pelajaran MUET wajib diambil oleh setiap pelajar tidak kira anda berada di Matrikulasi, Asasi mahu pun Tingkatan 6.
  • Dibawah adalah mata pelajaran yang ditawarkan dalam sistem STPM:
mata pelajaran stpm

  • Sijil STPM boleh diguna pakai bagi memohon pekerjaan, oleh kerana sijil tersebut mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Cambridge Assesment, England. Anda juga boleh membuat permohonan untuk menyambung pelajaran ke luar negara sekiranya mendapat keputusan yang cemerlang.

Sekian sahaja perkongsian yang mudah mengenai perbezaan antara matrikulasi, asasi dan juga tingkatan 6. Semoga artikel ini dapat menolong anda lebih-lebih lagi yang baru sahaja menduduki SPM pada tahun ini agar anda semua dapat membuat keputusan yang bijak dalam menyambung pelajaran ke peringkat yang seterusnya.


0 comment... add one now