Cara Guna Sistem E Penyata Gaji

Cara Guna Sistem E Penyata Gaji. E-Penyata gaji adalah sistem daftar masuk ANM bagi melakukan semakan, mengakses dan boleh di-print slip gaji Kakitangan Kerajaan secara dalam talian dan juga secara tidak langsung dapat menyenangkan urusan penggunaan E-Penyata dengan penjimatan kos kerajaan yang tinggi.

Cara Guna Sistem E Penyata Gaji

  • Sekiranya anda mendaftar buat pertama kali ke E-Penyata Gaji anda perlulah tekan pada “Pertama Kali Mendaftar” serta memasukkan maklumat yang diminta. Pendaftaran anda akan berjaya sekiranya maklumat No. Kad Pengenalan dan No. Gaji dapat disahkan dalam sistem E-Penyata Gaji yang sedia ada.
  • Untuk mengakses masuk ke dalam sistem E-Penyata pada masa akan datang, anda hanya perlu memasukkan No. Gaji dan Kata laluan dengan tepat sesudah melayari epenyatagaji-laporan.anm.gov.my atau www.anm.gov.my kemudian klik pada butang “Daftar Masuk” bagi meneruskan akses ke dalam sistem E-Penyata Gaji.

Sistem-E-Penyata

  • Kemudian tekan pada “Sendiri” di Tab Penyata Gaji sebelah kiri untuk setiap maklumat atau muat turun Penyata Gaji yang paling terbaru dalam format PDF. Anda juga boleh mengakses Penyata Pendapatan Tahunan secara dalam talian atau dalam bentuk E-Penyata serta akses kepada informasi Pendapatan Tahunan dan informasi Pusat Bayaran, Kod Jawatan, No. Fail Majikan, No. Cukai Pendapatan, Tunggakan Gaji Tahun Lepas dan banyak lagi dari sistem “E-Penyata Gaji”.

Baca Juga Disini --> Semak E-Penyata Gaji

  • Anda juga boleh membuat semakan Penyata Pendapatan anda melalui E-Penyata dengan menerima butiran Gaji Pokok dan Elaun-Elaun. Ianya dapat membantu anda untuk memahami maklumat bayaran yang tepat dan benar termasuk informasi cukai serta insurans telah dibayar dari pihak anda. Anda juga boleh mengenal pasti Potongan terkini atau sedia ada dari E-Penyata Gaji serta potongan daripada Biro Angkasa dengan lebih pantas dan tepat.
epenyata gaji online

Dari masa kesemasa sistem E-penyata Gaji dari Jabatan Akauntan Negara (ANM) akan di-update. Sistem e-penyata ini sudah mula dilaksanakan sejak tahun 2010 untuk membantu pengguna-pengguna Kakitangan Kerajaan bagi melihat butiran penyata pendapatan bulanan dan tahunan dengan pantas dan tepat dilengkapi dengan kawalan sekuriti yang ketat dan juga dapat menjimatkan kos slip penyata gaji bagi pihak kerajaan.

Sekiranya anda terlupa password atau kata laluan E-Penyata Gaji, anda boleh baca disini untuk bantuan. Klik Disini --> Cara Reset Password E Penyata Gaji

Semoga dengana artikel ini dapat membantu anda semua untuk memahami lagi lebih lanjut tentang sistem E Penyata Gaji ini. Terima kasih.


0 comment... add one now