Cara Memutihkan Gigi Dengan Mudah

Cara Memutihkan Gigi Dengan Mudah. Kurang keyakinan disebabkan mempunyai gigi yang kuning? Kerjaya yang membuatkan anda wajib berinteraksi dengan orang lain pasti menyebabkan anda gusar sekiranya anda yang memiliki gigi yang kuning. Jangan risau, disini kami hendak berkongsi kepada anda bagaimana cara memutihkan gigi dengan mudah!

Gigi putih bersih adalah impian bagi setiap seseorang yang normal tidak kira lelaki ataupun wanita. Mempunyai gigi putih membekalkan satu aura positif kepada sesiapa sahaja malahan jika anda memilikinya anda juga mungkin tidak akan berhenti memberi senyuman menampakkan gigi anda yang putih pada khalayak ramai. Senyum kan sedekah! Dibawah ini kami kongsikan 10 cara memutihkan gigi dengan mudah.

Cara Memutihkan Gigi Dengan Mudah

Cara Memutihkan Gigi Dengan Mudah

1. Menggunakan Kayu Siwak

  • Siwak atau Miswak adalah sejenis kayu yang popular sejak zaman dahulu diguna pakai untuk mencuci gigi secara tradisional tanpa memakai sebarang bahan kimia. Penggunaan Siwak telah dipakai semenjak Zaman Mesir Kuno sehinggalah sekarang.

Cara-cara penggunakan Siwak

  • i. Ambil kayu siwak yang lembut sama ada dari dahannya mahupun akarnya
  • ii. Tumbuk siwak hingga halus, selepas itu gosokkan dengan berhati-hati pada gigi
  • iii. Gosok gigi dalam jangka masa 10-15 saat
  • iv. Kumur dengan menggunakan air suam

2. Menggunakan arang kayu

  • Janggal bukan? Menggunakan arang hitam bagi memutihkan gigi? Tapi begitulah kandungan bahan yang terkandung dalam arang boleh memutihkan gigi yang kuning.
  • Disebabkan arang mempunyai sifat menghakis enamel gigi, hadkan penggunaannya. Gunalah 1-2 kali sahaja. Hal ini kerana, penggunaan yang berlebihan bakal menyebabkan ngilu dan sakit pada gigi.
  • i. Ambil arang secukupnya
  • ii. Tumbuk sampai halus
  • iii. Gunakan serbuk itu bagi menggosok gigi perlahan-lahan
  • iv. Berkumur dengan air suam kemudian lihatlah hasilnya.
Nota kaki : Walaupun dapat memutihkan gigi dengan pantas, elakkan daripada memakainya secara berlebihan.

3. Menggunakan Kulit Limau

  • Siapa jangka kulit buah limau mengandungi khasiat besar untuk memutihkan gigi. Gunakan kulit limau untuk yang masih segar bagi memutihkan gigi secara semulajadi. Penggunaan secara harian juga dapat menyihatkan gusi. Mudah sahaja bukan?
  • i. Ambil kulit limau yang masih segar secukupnya
  • ii. Ambil bahagian putih (korek hingga habis)
  • iii. Letakkan pada berus gigi, gosok gigi sehingga bersih
  • iv. Kumur dengan menggunakan air panas sehingga bersih

4. Buah Strawberi

  • Buah ini bukan sahaja enak dimakan tetapi juga kaya khasiat dengan vitamin. Selain strawberi, anda juga boleh menggunakan epal, lobak dan seleri bagi memutihkan gigi.
  • Tidak memerlukan ramuan khusus bagi memutihkan gigi, anda hanya perlu mengambilnya secara rutin setiap hari. Untuk hasil yang mantap, kunyah buah strawberi dengan kadar yang lama serta ratakan ke seluruh bahagian gigi.

5. Menggunakan Lemon dan Garam

  • Sama seperti arang, garam juga menghakis lapisan gigi. Oleh itu, garam sangat berkesan untuk digunakan bagi memutihkan gigi secara semulajadi. Namun seperti arang, elakkan daripada menggunakan garam secara berlebihan kerana akan menyebabkan kerosakan gigi.

Cara-caranya:

  • i. Campurkan garam serta air perahan lemon hingga membentuk pes.
  • ii. Gunakannya sebagaimana ubat gigi
  • iii. Kumur dengan menggunakan air suam sehingga bersih.

6. Menggunakan Baking Soda

  • Baking soda adalah bahan penting dalam pembuatan roti/ kek. Sifat ‘abrasive’ Baking Soda dapat membuang kotoran-kotoran kecil pada gigi.

Cara- caranya :

  • i. Campurkan Baking Soda serta air hingga membentuk pes.
  • ii. Ratakan pada seluruh permukaan gigi. Biarkan selama 15 minit.
  • iii. Gosok gigi sebagaimana biasa.
Nota kaki : Baking Soda mempunyai risiko yang tinggi untuk merosakkan gigi anda sekiranya digunakan secara berlebihan. Hentikan memakai Baking Soda setelah gigi anda putih.

7. Menggunakan Biji Buah Pinang

  • Dengan menggunakan Biji Buah Pinang mampu menguatkan gigi. Tambahan pula, biji buah pinang juga dapat menjaga kesihatan gigi serta mulut.

Cara- caranya :

  • i. Bakar biji buah pinang sampai hangus
  • ii. Kisar sampai halus dan campurkan dengan air suam
  • iii. Gosok gigi menggunakan kapas
  • iv. Kumur dengan menggunakan air suam sampai bersih

8. Berhenti Merokok

  • Rokok mengandungi tar dan campuran tembakau yang boleh menyebabkan gigi menjadi kuning. Jika anda bersungguh-sungguh ingin memutihkan gigi serta merta, hentikan tabiat merokok. Selain boleh memutihkan gigi, badan anda juga akan menjadi lebih sihat jika anda berhenti merokok.

9. Menggunakan Produk Tenusu

  • Susu kaya dengan Kalsium yang amat baik untuk kesihatan gigi anda. Produk tenusu seperti yogurt, keju, aiskrim mempunyai kalsium yang tinggi yang baik untuk gigi. Bukan sahaja memutihkan gigi, malahan kalsium dapat menguatkan gigi anda!

10. Rajin Memberus Gigi

Daripada Abu Hurairah R.A daripada Nabi S.A.W telah bersabda :

‘Kalau tidaklah menyusahkan umatku ,akan aku suruh mereka bersugi pada setiap  waktu semasa berwuduk’ (Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad S.A.W juga sangat mementingkan kesihatan gigi. Berusahalah untuk mencuci gigi sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari dalam tempoh masa 3 minit. Tambahan lagi pastikan teknik memberus gigi anda betul, gunakan berus gigi yang lembut agar tidak mencederakan gusi.

Semoga dengan artikel di atas dapat memberi maklumat kepada anda sedikit sebanyak mengenai cara memutihkan gigi dengan mudah. Semoga perkongsian diatas berguna. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, anda dipersilakan untuk mengemukakan sebarang persoalan di bawah. Terima kasih.


0 comment... add one now