Cara Menyemak Status Senarai Hitam Imigresen Online

Cara Menyemak Status Senarai Hitam Imigresen Online. Anda bakal disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen disebabkan pelbagai kesalahan. Seseorang yang disenarai hitamkan tidak boleh membuat atau memperbaharui pasport dan akan dihalang untuk ke luar negara.

Sekiranya anda merancang ke luar negara, jangan ambil mudah, selok-eloknya anda semak dahulu sama ada anda disenarai hitamkan oleh Imigresen ataupun tidak.

semakan senarai hitam imigresen

Cara Menyemak Status Senarai Hitam Imigresen Online

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah membina laman portal di mana warganegara Malaysia dapat menyemak status kawalan Imigresen mereka secara dalam talian sahaja.

Untuk melakukan semakan mengenai status anda, sila ikuti cara-cara di bawah:
  • Layari laman portal aplikasi Semakan Status Kawalan Imigresen pada alamat dibawah:
    http://sspi2.imi.gov.my/
  • Masukkan nombor IC kemudian tekan butang "Semak".
  • Keputusan status yang anda mahu adalah "Tiada Halangan" dan begitulah sebaliknya.

Sekiranya anda disenarai hitam, anda perlu menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 03-88801000 untuk mengetahui lebih lanjut tentang agensi yang mengeluarkan perintah senarai hitam terhadap anda, sebab anda disenarai hitam dan untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk membersihkan nama anda daripada senarai hitam.

Punca Individu Disenarai Hitam

Antara sebab-sebab seseorang individu tersebut disenarai hitam (dan dilarang ke luar negara) adalah kebangkrapan, tidak membayar cukai pendapatan, menetap melebihi tempoh waktu yang ditetapkan di luar negara, kegagalan melunaskan bayaran levi pekerja warga asing, kegagalan melunaskan pinjaman PTPTN, pernah terlibat dalam jenayah mahupun kes-kes yang melibatkan jenayah.

Agensi Yang Menyenarai Hitam

Ada 13 agensi penguatkuasaan dan jabatan kerajaan yang menghantar senarai nama blacklist kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi tindakan sekatan untuk ke luar negara.

Antaranya ialah Jabatan Insolvensi Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Mahkamah dan Jabatan Penjara. Jabatan Imigresen Malaysia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Pendaftaran Malaysia. Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Semoga dengan perkongsian maklumat semakan senarai hitam Imigresen ini dapat menolong anda melancarkan perancangan anda untuk ke luar negara. Lunaskan hutang anda sekiranya terdapat hutang. Terima kasih.


0 comment... add one now