Cara Reset Password E Penyata Gaji

Cara Reset Password E Penyata Gaji? E-Penyata Gaji adalah sistem akses untuk penyata gaji secara dalam talian bagi Kakitangan Kerajaan peringkat Perseketuan seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau pun Kementerian sewaktu dengannya.

Anda tidak perlu risau sekiranya terlupa kata laluan ataupun password untuk mengakses E Penyata Gaji anda. Dalam artikel ini kami akan kongsikan bagaimana untuk selesaikan masalah ini.

Cara Reset Password E Penyata Gaji

Jika anda tidak ingat kata laluan sistem E-Penyata Gaji :
  • Sila pergi pada skrin Daftar
  • Kemudian klik pada “Lupa Kata Laluan”.
  • Sewaktu setelah mengaksesnya, anda akan disuruh untuk membuat pilihan soalan yang telah dimasukkan semasa pendaftaran E-Penyata Gaji pada pertama kali pendaftaran dibuat.
Sekiranya soalan serta jawapan anda adalah tepat, kata laluan “E-Penyata Gaji” akan diberitahu kepada anda untuk membolehkan anda akses semula ke dalam sistem.

Sekiranya anda terlupa jawapan :
  • Sila pergi & klik “Daftar Semula” untuk membuat pendaftaran yang baru
  • Jikalau No. Gaji dan No IC anda masih sah dalam sistem E-Penyata, pendaftaran yang baru akan berjaya dilakukan untuk membolehkan anda akses semula ke sistem E-Penyata.

Klik Disini --> Cara Semak E-Penyata Gaji Online

Semoga dengan perkongsian panduan yang perlu dilakukan sekiranya terlupa password E Penyata Gaji ini dapat menolong kakitangan kerajaan yang terlupa akan kata laluan mereka, Sebarang pertanyaan bolehla komen di bawah ini. Terima kasih.


0 comment... add one now