Modul Latihan PLKN

Modul Latihan PLKN. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah kursus latihan yang wajib sepanjang 3 bulan dalam Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia untuk sesetengah daripada mereka yang terpilih setelah tampat belajar di pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berusia 17 tahun ke atas. Ianya bermatlamat untuk pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, mendidik perpaduan kaum serta integrasi nasional dan juga membina perwatakan positif melalui nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga serta tidak terikut akan mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan mengikut cara budaya Malaysia tersendiri.

Modul Latihan Program latihan khidmat negara

Modul Latihan PLKN

Para Pelatih PLKN bakal melalui latihan modul-modul yang ditetapkan oleh JLKN iaitu seperti dibawah :

Modul Fizikal

  • Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilakukan bagi membina kemahiran serta ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal untuk melahirkan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan. Secara khasnya, latihan-latihan yang dilalui boleh marapatkan perpaduan dalam kalangan peserta, meningkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival),  keyakinan diri, daya kepimpinan, disiplin dalaman, kemahiran menyelesai masalah, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan.

Baca juga : Semakan Online PLKN (Official)

  • Tambahan pula, peserta akan dilatih oleh para jurulatih bagi mempelajari melalui pengalaman dalam aktiviti-aktiviti seperti kawad, kraf hutan, pertolongan cemas, menyeberangi sungai, membaca peta, kompas, latihan pandu arah, seni mempertahankan diri, merempuh halangan, aktiviti menggunakan tali (litar tali tinggi dan rendah), merentas desa, aktiviti air, kembara hutan dan banyak lagi. Modul ini dilakukan dalam tempoh 4 minggu di dalam dan di persekitaran tapak perkhemahan.

Modul Kenegaraan

  • Modul Kenegaraan ialah satu modul yang diaplikasikan bagi meluaskan pengetahuan mengenai kenegaraan (nation-building) serta meninggikan perasaan cinta dan pengorbanan para peserta program kepada negara Malaysia tercinta. Dengan latihan dalam kumpulan, jurulatih membimbing kumpulan bagi mempelajari tentang kenegaraan yang melibatkan tanah air, kedaulatan, rakyat, kerajaan, dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara.
  • Dengan elemen Tanah Air, peserta bakal dibantu untuk membina dan memupuk rasa sayang kepada tanah air dan sanggup mempertahankannya. Peserta membincangkan tentang negara dari segi aspek geografi, keindahan bumi ini, hasilnya, sempadan dan lain-lain. Peserta dapat menambah pengetahuan asal-usul pelbagai ras, etnik, membina rasa sayang sesama etnik dan antara etnik bagi memahami kepentingan bersatu-padu menerusi aktiviti seperti menganalisis fakta tentang etnik, memahami persamaan, mengharmonikan perbezaan, dan sebagainya melalui elemen Rakyat.
  • Seterusnya Elemen Kerajaan pula menolong peserta memahami bagaimana negara (tanah air, rakyat, kedaulatan) ini dipimpin dan diurus, menerusi sistem pentadbiran, undang-undang, perlembagaan dan sebagainya. Peserta memahami kepentingan dan cara bagi mempertahankan kebebasan negara menerusi elemen Kedaulatan. Cabaran dari dalam dan luar negara juga diketengahkan supaya peserta menyedari peluang dan ancaman yang datang secara berterusan. Modul ini dilakukan selama 3 minggu dan pelbagai kaedah digunakan seperti lawatan, dinamik kumpulan, simulasi, lakonan, berdebat, menonton gambar, melukis, mentafsir peristiwa dan banyak lagi.

Modul Pembinaan Karakter

  • Modul Pembinaan Karakter ialah sebuah modul yang dilakukan bagi membina karakter yang berkesan untuk para peserta yang melibatkan diri, keluarga, komuniti dan negara. Terdapat dua komponen yang bakal dilalui peserta yang mana yang pertama berfokus kepada pembinaan diri dan yang kedua ialah tentang diri dengan orang lain.
  • Dalam komponen yang pertama, peserta melalui proses penerokaan diri sendiri, menyedari serta mengenal pasti ciri-ciri diri (contohnya aspek kepimpinan), memperkasakan kekuatan dan memulihkan kelemahan diri. Peserta menyedari tentang penglibatan orang lain dalam kehidupan mereka, mengetahui kemahiran bagi bekerja sebagai ahli satu pasukan, cara bertindak sebagai pemimpin dalam group, dan mengatasi masalah di dalam kumpulan semasa menerusi komponen kedua modul ini. Dengan aktiviti-aktiviti ceramah, permainan, latihan dan lain-lain, pelatih belajar tentang kejujuran, membuat pilihan, bertanggungjawab, memimpin, menunaikan janji (komitmen) dan membina keyakinan diri. Modul ini dilakukan sepanjang tempoh 2 minggu dan peserta dipimpin oleh jurulatih.

Modul Khidmat Komuniti

  • Kehidupan ini tak akan memberikan apa-apa makna jik kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu.” Kesukarelaan dan jatidiri yang kuat dan padu perlu dijanakan dalam diri setiap individu bagi menyuburkan kekuatan serta keyakinan diri.
  • Oleh demkikian, sebagai langkah merealisasikan aspirasi tersebut, Program Latihan Khidmat Negara telah dilaksanakan bagi melancarkan beberapa modul tertentu kepada para pelatih yang berumur 18 tahun. Antara salah satu modul yang terdapat dalam pelaksanaan Program latihan Khidmat Negara adalah Modul Khidmat Komuniti . Modul khidmat komuniti ada lima komponen utama iaitu kemudahan awam, kejiranan, khidmat sosial, alam sekitar dan penempatan di Jabatan. Ini bermaksud, sepanjang program berjalan, para pelatih akan melalui kelima-lima komponen tersebut dalam tempoh yang telah disetkan. Aktiviti bagi melaksanakan aktiviti secara kolektif serta menyeluruh, aktiviti sepanjang siri dibahagikan kepada 5 pecahan komponen supaya wira dan wirawati dapat memahami aspirasi khidmat komuniti di antaranya ialah:
  • Kejiranan – Antara projek utama yang dilakukan adalah mengecat dewan orang ramai, pembahagi jalan, menceriakan taman, lawatan ke rumah-rumah jiran dalam kawasan kampung, melakukan program anak angkat dan banyak lagi.
  • Kemudahan awam – para pelatih juga didedahkan dengan bermacam-macam aktiviti di tempat-tempat terpilih. Antaranya adalah membaikpulih perhentian bas, membaikpulih dewan masyarakat, memberi kesedaran kepada para pelatih dan masyarakat tempatan tentang kepentingan kemudahan awam melalui ceramah ringkas, gotong-royong di rumah-rumah ibadat seperti masjid, kawasan kubur dan lain-lain.
  • Antara aktiviti yang dilakukan dalam komponen ini adalah mendengar taklimat daripada institusi-institusi yang dikunjungi seperti Bengkel Orang Kurang Upaya, PENGASIH, hospital, klinik-klinik desa dan banyak lagi.
  • Aktiviti yang paling banyak dijalankan adalah gotong-royong seperti membersihkan, mengindahkan serta menceriakan kawasan sekitar.
Semoga dengan perkongsian Modul Latihan PLKN ni dapat memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang kurang faham tentang kandungan program PLKN ini. Sekian terima kasih.

Klik Disini untuk baca --> Senarai Pusat Latihan Kem PLKN
Klik Disini untuk baca --> Latar Belakang PLKN


0 comment... add one now