Panduan Lengkap E-Penyata Gaji

Panduan Lemgkap E-Penyata Gaji. E-Penyata Gaji atau maksud jelasnya ialah sistem akses kepada Penyata Pendapatan secara dalam talian adalah dibina oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM), jika anda perlu rujukan untuk kegunaan atau Tatacara Pengunaan Sistem E-Penyata dengan lebih detail dan lengkap sila download panduan dalam format PDF klik sini.

epenyata-gaji-pendaftar-pertama-kali

Panduan Lengkap E-Penyata Gaji

  • Dengan penyeragaman Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3/2010 di ikuti dengan pelaksanaan Sistem “e-Penyata Gaji dan juga Laporan” daripada ANM. Surat pekeliling itu ialah bagi mengumumkan pelaksanaan dan panduan rujukan serta tatacara untuk menggunakan sistem e-Penyata Gaji atau e-Penyata online. Pendapatan tahunan juga sudah mula dapat diakses serta dicetak sendiri daripada laman rasmi Jabatan Akauntan Negara oleh Kakitangan Kerajaan bertaraf Perseketuan. Laporan bulanan pula boleh dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada Pusat Pembayar Gaji serta Pusat Tanggungjawab. Download Surat Pekeliling E-Penyata dan Laporan dalam format PDF sekarang klik sini.

BACA JUGA PANDUAN : Semak E-Penyata Gaji

  • Setiap individu termasuklah Kakitangan Kerajaan yang berhak untuk mendapatkan maklumat Penyata Gaji yang terperinci dan bertulis pada atau sebelum waktu setiap individu dibayar oleh majikan. E-Penyata Gaji secara dalam talian atau Penyata Pendapatan yang tertulis membernarkan seseorang individu tersebut untuk mendapatkan maklumat pendapatan dan kawalan keatas kewangan dengan lebih berkesan. Hak untuk informasi maklumat E-Penyata Gaji kepada Kakitangan Kerajaan ataupun pekerja swasta adalah hak asasi bebas bagi setiap pekerja.

E-Penyata Gaji Anda Harus Menunjukkan

  • Jumlah Pendapatan – pembayaran penuh dari Gaji Pokok, Elaun Tetap mahupun sementara dan bayaran Tunggakan Gaji sebelum apa jua cukai atau insurans yang sudah dicajkan ke dalam penyata.
  • Jumlah Potongan – jumlah potongan dari Cukai Pendapatan, Biro Angkasa, Insurans serta pembayaran Ansurans Perumahan Kerajaan ataupun bank dalam penyata yang berubah dari bulan sehingga ke habis bulan.

Total amaun bagi apa jua Potongan Tetap adalah potongan yang tak berubah dari bulan sehingga ke habis bulan dalam E-Penyata Gaji. Majikan berhak memberikan maklumat-maklumat potongan tersebut serta memberi keterangan yang berasingan bagi maklumat bulanan atau untuk paling kurang setahun sekali. Total amaun pendapatan bersih adalah dari total pendapatan setelah tolakan dari total potongan yang sedia ada (contohnya angka terputus dari pembayaran tunai jika ada dan bakinya dikreditkan ke akaun bank) dan maklumat boleh diperolehi dari E-Penyata Gaji. Sistem E-Penyata sekian memudahkan Kakitangan Kerajaan bagi maklumat pendapatan tahunan dan bulanan dengan seanng dan pantas.

Sekian sahaja panduan mengenai sistem E-penyata gaji. Diharap artikel akan membantu anda yang masih samar-samar lagi tentang kegunaan E-Penyata Gaji ini, Terima kasih.



0 comment... add one now