Sebab Permohonan BR1M Ditolak Atau Gagal

Punca dan sebab kenapa permohonan BR1M ditolak. Permohonan dan kemaskini BR1M 2017 sudah dibuka bermula 5 Disember sehingga 31 Disember 2016. Bagi yang layak serta baru sahaja memohon, tolong pastikan segala maklumat diisi dengan betul bagi mengelakkan dari permohonan ditolak atau gagal.
Sebab permohonan BR1M gagal

Punca Permohonan BR1M Gagal

Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa permohonan BR1M anda tidak berjaya walaupuan anda sebenarnya layak mendapat BR1M:

Baca juga :

1. Permohonan tidak dikemaskini

  • Tidak membuat kemaskini akan permohonan BR1M untuk tempoh tiga tahun ke atas (2014). Penerima BRIM perlu mengemaskini maklumat peribadi sekiranya terdapat sebarang perubahan atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiaga tahun bagi mengelakkan permohonan ditolak.

2. Maklumat peribadi

  • Maklumat peribadi yang dimasukkan tidak tepat sebagaimana nama dan nombor kad pengenalan.

3. Dokumen peribadi

  • Tidak menghantar dokumen pengesahan seperti dokumen kematian pasangan, pengesahan penceraian serta penyata gaji.

4. Maklumat pasangan

  • Tiada maklumat pasangan buat pemohon yang telahpun berkahwin.

5. Tanggungan

  • Maklumat tanggungan yang tidak tepat atau benar.

6. Jumlah permohonan

  • Membuat permohonan melebihi dari satu kali (suami dan isteri melakukan permohonan secara berasingan).
Semoga dengan perkongsian tentang kesilapan-kesilapan dalam permohonan serta pengemaskinian BRIM dapat menghalang pemohon-pemohon BR1M 2017 dari mengulangi kesilapan yang sama setiap kali. Terima kasih.

Klik link biru dibawah untuk melihat Tarikh pembayaran BR1M 2017 yang sudah semakin hampir.


0 comment... add one now