Semakan Dan Kemaskini BR1M 2017

Semakan Dan Kemaskini BR1M 2017 ok ? Kepada rakyat Malaysia yang ingin memohon dan mengemaskini BR1M 2017, anda boleh baca artikel ini sehingga habis.



Permohonan baharu untuk mendapatkan Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) dan untuk mengemaskini maklumat BR1M bagi penerima yang telah dapat sebelum bolehlah dilakukan bermula daripada 5 Disember sehingga 31 Disember 2016 (Sila Mohon Dan Kemaskini Secepat Mungkin).

Perhatian , kepada penerima BR1M yang telah dapat sebelum ini.Anda tidak perlu mendaftar buat kali kedua , sebaliknya anda hanya perlu mengemaskini maklumat yang berkaitan dengan diri anda yang telah berubah. Sebagai contoh , alamat terkini, maklumat akaun bank (akaun simpanan atas nama pemohon sahaja), maklumat ahli isi rumah, maklumat waris dan sebagainya. ( Sila pastikan maklumat yang diisi oleh anda adalah tepat dan tiada sebarang unsur penipuan. Pemohon hendaklah mengisi dan mengemaskini maklumat dengan tertip tanpa melakukan sebarang kesilapan yang boleh menggagalkan permohonan BR1M anda. Jika terdapat kesalahan , mungkin permohonan anda akan ditolak).

Cara Memohon Dan Kemaskini BR1M Secara Online :

Mengemaskini dan Memohon BR1M boleh dibuat secara online atau di kedai runcit berdekatan yang menawarkan khidmat kemaskini BR1M (jika ada).

Proses untuk permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1M bolehlah dibuat dengan mengisi borang BRIM secara atas talian melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan: https://ebr1m.hasil.gov.my

Permohonan secara online / atas talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer atau komputer riba kerana aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian telefon bimbit.

Cara memohon dan kemaskini BR1M secara offline :

Permohonan baharu dan pengemaskinian BR1M juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 (borang BK-01 [1/2017]) yang boleh dimuat turun di sini.


Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau pejabat daerah.

Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017 :

BR1M akan dibayar secara berperingkat bermula daripada Februari 2017 sehingga habis. Sila rujuk Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017 untuk maklumat lanjut.

Semakan keputusan BR1M :

Sila layari Semakan BR1M dan Status Permohonan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) untuk panduan semakan status permohonan BRIM.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan kemaskini BRIM, sila hubungi:
Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Email kepada [email protected]

Semoga permohonan anda semua diluluskan.


0 comment... add one now