Senarai Universiti Awam UA di Malaysia

Senarai Universiti Awam UA di Malaysia. Universiti Awam adalah universiti yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia. UA dahulunya dipanggil sebagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Universiti Awam di Malaysia terbahagi kepada 3 jenis kumpulan UA iaitu, Universiti Penyelidikan, Universiti berfokus, dan juga universiti komprehensif. Kami akan menceritakan mengenai senarai Universiti Awam UA dalam negara Malaysia.

Universti penyelidikan adalah kumpulan universiti yang lebih khusus kepada penyelidikan. Kebiasaannya universiti ini mempunyai bilangan pelajar master serta kedoktoran yang tinggi. Manakala universiti berfokus pula adalah universiti yang fokus kepada jurusan tertentu sahaja sebagai contoh teknikal, pertahanan, pendidikan, dan pengurusan. Kemudian, universiti komprehensif pula adalah universiti yang menawarkan pelbagai jurusan.

Senarai Universiti Awam UA di Malaysia

Senarai Universiti Awam UA di Malaysia


Universiti Penyelidikan

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Berfokus

  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Komprehensif

  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Sekarang ini sudah terdapat 20 UA yang ada di Malaysia. 11 Universiti Berfokus, 5 Universiti Penyelidikan dan juga 4 Universiti Komprehensif. Kepada pelajar-pelajar yang sedang mencari maklumat tentang Senarai Universiti Awam UA di Malaysia, diharapkan artikel ini dapat menolong anda. Sekian terima kasih.


0 comment... add one now