‘1 Murid 1 Device’, Pelajar Boleh Bawa Gajet Ke Sekolah?


Dengan teknologi arus moden masa kini, pihak kementerian sedang mangkaji semula dan merangka cadangan tentang pemberian gajet di sekolah kerana proses ini melibatkan keputusan dasar, jelas Tan Sri Khair Mohammad Yusof selaku memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Pelajaran.

Selaras dengan itu, satu jawatankuasa kerja telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan agar memain peranan melakukan kajian terperinci mengenai cadangan mengizinkan pelajar membawa gajet dan peranti elektronik ke sekolah.

 Ini juga bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem proses pengajaran dan pembelajaran (PDP).

Tambahnya lagi, “Buat masa ini, kita terbuka dengan sebarang cadangan dari mana-mana pihak berkaitan pelaksanaan dasar itu selaras dengan keperluan semasa.”

Beliau juga memaklumkan kepada pemberita bahawa mereka ingin memastikan cara yang dapat mereka lakukan bagi membantu pihak sekolah dengan memberi kebenaran kepada pelajar-pelajar agar diizinkan membawa alat peranti ke sekolah dengan kebenaran ibu bapa. 

Selain itu, mereka juga perlu memantau bagaimana kawalan peringkat sekolah untuk tujuan pembelajaran.

Khair yang turut menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengenai Pertandingan Seni Negaraku berkata kajian cadangan tersebut (mengenai pelajar dibenarkan membawa gajet dan peranti elektronik ke sekolah) dijadualkan akan siap dalam masa dua bulan sebelum apa-apa keputusan dibuat.

Katanya, individu-individu yang melibatkan diri pada peringkat dasar pendidikan dan pihak berkepentingan dalam bidang teknologi yang akan menjadi anggota jawatankuasa kerja itu.

Buat masa sekarang, pihak kementerian membekalkan tablet selaras dengan program ‘1 Murid 1 Device’ tetapi tidak semua pelajar akan mendapatnya lagi. Para pelajar juga tidak  dibenarkan lagi buat masa ini untuk membawa peranti sendiri ke sekolah.


“Jika dengan membenarkan pelajar membawa peranti elektronik ke sekolah dapat membantu meningkatkan tahap pembelajaran dan penguasaan teknologi dalam kalangan mereka sekaligus dapat digunakan sebaik mungkin dengan etika, kita mengalu-alukan,” katanya lagi.


0 comment... add one now