6 Sekeluarga Terlibat Dalam Nahas Kemalangan Jalan Raya Di Baling



Kemalangan tragis menimpa keluarga Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling yang menyebabkan beliau dan isterinya disahkan meninggal dunia manakala empat orang anak mereka cedera di Kampung Teluk Teduri Jalan Baru Kupang-Baling pagi semalam. 

Didapati kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Asisten Superintendan Mohd Noor Mat Yaub, 38, bersama isterinya, Suriya Abdul Rahman, 37, dan empat orang anak berusia antara 6 hingga 11 tahun cuba membelok memasuki simpang sebelum dirempuh sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux dari arah Baling.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, kereta yang dinaiki 6 sekeluarga itu kemudiannya masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah Honda City dari arah Kupang menghala Baling.


Rempuhan yang teruk tersebut mengakibatkan pasangan suami isteri itu cedera parah dan maut di tempat kejadian sementara itu pemandu kereta Honda City turut parah dan kesemua mangsa yang tercedera digegaskan ke Hospital Baling termasuk anak-anak milik pasangan suami isteri itu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Berhubung insiden tragis itu, pihak Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata pegawainya ada menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada jam 7.13 pagi dan mereka terus bergegas ke lokasi untuk memberi bantuan.


0 comment... add one now