Bekas Presiden Amerika Syarikat, George H.W. Bush Dimasukkan ke Hospital

Bekas Presiden U.S., George H. W. Bush telah dimasukkan semula ke dalam hospital Houston akibat penyakit pneumonia yang dikatakan hanya kes yang ringan dan akan menjadi baik-baik sahaja, kata jurucakap keluarganya, semalam.

Bush yang berusia 92 tahun itu telah dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu untuk dipantau kerana mengalami batuk tanpa henti yang telah mengganggunya untuk mendapatkan rehat secukupnya, jelas jurucakap keluarganya, Jim McGrath. 


Ditambahnya lagi dalam satu kenyataan, Bush, bekas presiden U.S. yang hidup paling lama itu didapati menghidapi pneumonia yang tidak begitu teruk dah telah pun dirawat. 

Kini, bekas presiden itu berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. 

Bush dikatakan dirawat di Hospital Houston Methodist selama lebih dua minggu pada Januari lalu selepas mendapati menghidap pneumonia.


Tambahan pula, isterinya, Barbara Bush, 91, juga pernah dirawat di hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit ‘bronchitis.’

Pasangan itu menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-72 pada 6 Januari.


0 comment... add one now