Isu Kartun Monyet Mencetuskan Pelbagai Kontroversi

Kartun monyet terbitan akhbar Nanyang Siang Pau mencetuskan pelbagai kontroversi baru-baru ini dan tindakan disiplin dalaman atau menggantung penyunting, penolong penyunting dan kartunis yang terbabit harus dikenakan oleh akhbar tersebut, minta Kementerian Dalam Negeri (KDN).  

Kartun yang telah menyakitkan hati penduduk Islam itu telah menyebabkan KDN memulakan sisasatan itu mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, beritahu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dipetik Oriental Daily.  

Jelasnya lagi, pihaknya telah menghantar surat amaran kepada akhbar itu agar individu-individu terbabit diambil tindakan sebagai amaran memandangkan permit penerbitan Nanyang Siang Pau dikeluarkan oleh KDN.  


Tambahnya lagi semasa menggulung perbahasan mewakili kementeriannya pada persidangan Dewan Negara hari ini, akhbar itu akan sentiasa dipantau oleh KDN untuk memastikan mereka mengambil tindakan itu.

Ruang kartun akhbar itu menunjukkan seekor monyet yang memakai songkok dilabel sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban diberikan nama “Hadi Awang” bertenggek di sepohon pokok “Akta 355”. Akta itu merujuk rang undang-undang persendirian Hadi bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Hal ini berlaku pada 8 April lalu.


Kemudian, sebuah demonstrasi telah dilakukan pada 11 April lalu di ibu pejabat Nanyang Siang Pau oleh 150 ahli Pemuda PAS dengan mengemukakan 4 tuntutan, antaranya meminta maaf secara terus kepada Hadi.

Presiden Pas : Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Susulan itu, akhbar itu telah mengeluarkan kartun daripada laman web eNanyang.my serta meminta maaf secara terbuka kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam akhbarnya.

Mereka mungkin akan menyaman akhbar tersebut dan meminta KDN mengkaji semula permit penerbitannya, kata Datuk Takiyuddin Hassan selaku Setiausaha Agung PAS walaupun permohonan maaf telah dilakukan.

Nur Jazlan telah memberitahu KDN tidak akan mengambil tindakan terhadap Nanyang Siang Pau pada 16 April lalu kerana telah menerima penjelasan dan permohonan maaf mereka, sebaliknya meminta syarikat itu sendiri untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu terbabit.

KDN juga memberi amaran agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi, jika tidak, tindakan tegas akan dikenakan.



0 comment... add one now