Jadi Ahli Kongsi Gelap Geng 24, 13 Pelajar Ditahan


Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) telah menahan sebanyak 13 orang pelajar dan 5 bukan pelajar kerana menyertai kumpulan kongsi gelap Geng 24.
Menerusi akaun Twitter Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, beliau berkata polis telah mengesan pembabitan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah (SM) Andalas, SM Raja Mahadi, SM Shahbandar dan SM Kampung Jawa dalam geng tersebut.  
Tan Sri Khalid berkata melalui Twitter nya lagi,
Syabas STAFFOC @PDRMsia 13 pelajar,5 bukan pelajar disekitar Klang. Ramai lagi akan ditkap kerana terlibat dlm aktiviti geng 24. #GoPDRMGo
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) April 21, 2017


@PDRMsia kesan penglibatan pelajar2 SM Andalas, SM Raja Mahadi, SM Shahbandar, SM Kpg Jawa dlm aktiviti Geng 24
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) April 21, 2017
Khalid menambah lagi, lebih ramai lagi yang terbabit dengan aktiviti kumpulan Geng 24 akan ditahan. Selain itu, Khalid juga memuat naik dua klip video yang menunjukkan sekumpulan individu yang berkumpul di hadapan sebuah sekolah termasuk pelajar-pelajar yang berpakaian seragam sekolah.



0 comment... add one now