Kemaluan Seorang Pelajar Dimasukkan Botol Pewangi Ketiak


Kejadian memasukkan botol pewangi ketiak ke dalam kemaluan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun oleh empat orang pelajar perempuan sekolah pemulihan akhlak Tunas Bakti telah mengheret keempat-empat tertuduh ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 5 petang pada 9 April lalu di bilik Melor Sekolah Tunas Bakti Sungai lereh, Tanjung Kling di sini.

Akan tetapi, setelah dihadapkan ke mahkamah, keempat-empat pelajar perempuan sekolah pemulihan akhlak Tunas Bakti itu mengakui tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mengikut kesalahan yang dilakukan, tertuduh didakwa menjalani hukuman penjara minimum 5 tahun dan tidak melebihi 30 tahun dengan sebat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama di bawah Seksyen 34 kanun sama.



Menurut Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd. Rawi, bagi megelakkan salah seorang daripada tertuduh akan melarikan diri atas alasan akan menamatkan tempoh persekolahan pemulihan kahlak pada Mei ini sementara yang lain pada tahun hadapan, jaminan tidak dibenarkan.

Walau bagaimanapun, beliau memberi pendapat agar jumlah jaminan bagi setiap seorang sejumlah RM30,000 dan jika mahkamah menggunakan budi bicara, syarat tambahan dikenakan.

Memmandangkan, keluarga keempat-empat tertuduh berasal daripada golongan berpendapatan rendah, peguam Andrew Lourdes yang mewakili mereka memohon agar mereka diikat jamin sebanyak RM5,000 setiap seorang.

Selain itu, jika jumlah tinggi dikenakan, mana-mana di antara mereka yang tidak mampu membayar akan dihantar ke Penjara Sungai Udang dan ini tidak sesuai memandangkan kesemuanya masih muda, jelas peguam tersebut.

Ahmad Sazali selaku hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sejumlah RM15,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu meneruskan arahan di Sekolah Tunas Bakti sehingga kes selesai sekiranya jaminan dijelaskan setelah mendengar rayuan kedua-dua belah pihak. 


Kemudian, mahkamah menetapkan 17 Mei pada akan datang bagi laporan perubatan dan memerintahkan tertuduh diasingkan daripada mangsa dan saksi-saksi perbicaraan. 


0 comment... add one now