Penyokong Maut Di Stadium Akibat Ditolak



Akibat ditolak oleh sekumpulan penonton di Stadium Belgrano, Emanuel Balbo, 22, maut kerana terjatuh dari tempat duduknya pada awal pagi tadi. Penyokong bola sepak Argentina itu telah dituduh menyokong pasukan lawan yang membangkitkan kemarahan orang di sekelilingnya. 

Imej video yang memaparkan mangsa dicampak dari ketinggian lima meter di stadium yang terletak di utara bandar Cordoba pada Sabtu yang lalu.

Bukan itu sahaja, bapa mangsa, Raul memaklumkan kepada televisyen, Balbo juga kelihatan bergaduh dengan seorang lelaki lain atas sebab dituduh punca kepada kematian saudaranya berhubung satu kes langgar lari pada tahun 2010. 

Seorang saksi memberi kenyataan bahawa lelaki itu melaungkan Balbo merupakan penyokong Talleres, musuh ketat pasukan Belgrano sebagai tindak balasnya yang kemudiannya menjadi punca Balbo ditolak daripada penghadang tempat duduk.


Setelah dua hari terlantar di hospital akibat mengalami kecederaan di kepalanya, doktor mengesahkan otaknya sudah tidak lagi berfungsi dan diumumkan kematiannya oleh kelab awal pagi ini.

Sementara itu, dua suspek ditahan sehari selepas kejadian pergaduhan itu manakala dua lagi individu ditangkap awal pagi tadi kata pesuruhjaya polis, Jorge Gomez.



Persatuan Bola Sepak Argentina menggesa pihak yang bertanggungjawab atas serangan itu agar dibawa ke muka pengadilan. Selain itu, seorang pendakwa raya awam, Liliana Sanchez menggesa suspek didakwa atas tuduhan membunuh.


0 comment... add one now