Sibuk Guna Telefon, Budak 2 Tahun Dilanggar



Mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun hampir maut apabila dirempuh sebuah kereta di Jinjiang, China.

Kejadian yang berlaku minggu lepas itu mendapat perhatian ramai di laman sosial China setelah dirakam kamera CCTV mengikut Laporan Shanghaiist.

Dalam rakaman itu, pemilik kenderaan tersebut yang dipercayai seorang lelaki dilihat memasuki kenderaannya dan memulakan perjalanannya ketika kanak-kanak itu sedang bermain di hadapan keretanya.

Lelaki yang menggunakan telefon sepanjang tempoh rakaman itu tidak menyedari mangsa yang berada di hadapan keretanya lalu merempuhnya. Setelah menyedari kanak-kanak itu dirempuh, mangsa terus dihantar ke hospital.

Kanak-kanak itu kemudiannya disahkan selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan menurut polis.


Insiden itu mendapat respon daripada netizen yang menyalahkan ibu bapa kanak-kanak itu akibat kecuaian mereka membiarkan mangsa bermain-main di jalan utama.


0 comment... add one now