SPRM: 16% Pelajar Sanggup Terima Rasuah


Sangat membimbangkan apabila kajian menunjukkan 16% pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi rela menerima rasuah jika diberi peluang dan kuasa.

Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Shamsun Bahrin Mohd Jamil mengeluarkan kenyataan itu tanpa mendedahkan jumlah sebenar pelajar yang terlibat dalam satu kajian yang dilakukan.  

Tambahnya lagi dalam satu sidang media pada hari ini, “Peratusan ini membimbangkan kerana hanya 10.7% daripada pelajar pada tahun 2015 dan 11.3% pada tahun 2014 menyatakan kesanggupan mereka untuk menerima rasuah.”


Kajian itu juga mendapati sebanyak 18.2% pelajar telah membuat persediaan awal yang secukupnya untuk menerima rasuah bagi mengelakkan mereka daripada tertangkap. Ini menyebabkan peningkatan sebanyak 0.8% daripada 17.4% pada 2015, jelas Shamsun.

Tambahnya lagi, didapati amat menyedihkan kerana bilangan pelajar yang sanggup melaporkan kes rasuah ini menurun daripada 74.1% kepada 66.3% pada tahun 2015 dalam satu kajian yang dilakukan.


Shamsun mengatakan data yang diambil daripada SPRM dari 2011 sehingga pada hari ini jelas menunjukkan hanya sejumlah 162 individu yang berani untuk melaporkan kes-kes yang berkaitan dengan rasuah ini kepada agensi mereka.

 


0 comment... add one now