Tekak Ditoreh Oleh Ayah Sendiri Akibat Terlalu Taksub Dengan Facebook

Seorang lelaki berusia 41 tahun berasal dari Phatthalung, Thailand telah menoreh tekak anak perempuannya sendiri kerana tidak berpuas hati dengan anaknya yang menghabiskan masa terlalu banyak melayari Facebook, lapor Pattaya One News hari ini. 
Pada mulanya, mereka hanya bergaduh dan keadaan menjadi lebih teruk apabila ayahnya tidak dapat mengawal kemarahan terhadap anaknya sendiri dan telah menoreh tekak anaknya.  

Bukan itu sahaja, mangsa kemudiannya dikunci di dalam rumahnya sewaktu darah mula mengalir di atas lantai rumah mereka. Dengan rasa tidak bersalah, ayahnya melarikan diri membawa anak perempuan bersamanya yang masih berusia 3 tahun.
Mengikut laporan media tempatan, jiran mereka mendengar jeritan suara gadis berusia 13 tahun itu lalu bergegas memecah pintu yang dikunci itu dan mendapati remaja itu masih hidup dalam keadaan berlumuran darah.  
Gadis remaja itu mengalami 5 inci torehan di sebelah leher kirinya manakala lebam pada mukanya.
Ayahnya berjaya ditemui bersama anaknya paling bongsu setelah dicari. 
Ramai yang memberi spekulasi kejadian itu merupakan gangguan seksual namun ibu mangsa menafikan kenyataan itu dengan berkata ayah mangsa memang tidak menyukai perbuatan anak perempuannya yang terlalu lama menghabiskan masa melayari laman sosial kerana menyebabkan kerja sekolahnya terabai. 
Isterinya juga mendedahkan suaminya sebelum ini pernah mengugut untuk membunuh semua ahli keluarga mereka kerana cemburu, takut isterinya pulang semula kepada bekas kekasihnya. 
Mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital.
Menurut polis, tertuduh pernah mempunyai rekod jenayah dan berada dalam senarai dikehendaki polis berkaitan kes bunuh di daerah Trang's Maung 10 tahun yang lalu pada Ogos 2007. 




0 comment... add one now