Teks Mesej Pengakuan Bekas Pelajar PhD Mengaku Bersalah Kerana Rogol


Seorang bekas pelajar PhD di Universiti Oxford telah ditangkap selepas dia mengakui telah merogol seorang wanita dalam satu teks mesej yang dihantar kepada mangsa yang dirogolnya selepas setahun berlalu.

Sherman Ip, yang kini bekerja sebagai seorang ahli fizik di Universiti Warwick dituduh merogol seorang wanita di sebuah flat selepas wanita itu melaporkan mesej Ip yang bertulis, “Saya meminta maaf kerana merogol kamu.”

Ip, 25, mempunyai kelulusan masters degree dari Universiti College London dan berpindah ke Universiti Oxford pada tahun 2015, tahun pertama PhDnya dalam program Statistik Oxford-Warwick.

Dia didakwa telah melakukan perbuatan itu di sebuah flat sewaktu masih belajar di London pada Mei 2013.

Juri mahkamah telah diberitahu bagaimana Ip memaksa mangsa rogolnya untuk baring di atas katilnya semasa wanita itu melawat rumahnya. Bagaimanapun, mangsa dipercayai melarikan diri dalam keadaan menangis dan terus menghantar satu teks mesej kepada Ip, mengatakan perbuatannya itu salah.

Akan tetapi, mangsa ingin melaporkan hal itu kepada polis tetapi telah bertukar kursus pelajarannya pada Oktober 2014 ketika Ip cuba menghubunginya lagi.

Teks mesej yang bertulis,”Saya berasa amat bersalah kerana telah memaksa awak melakukan perbuatan yang awak tak inginkan. Saya memohon maaf merogol awak. Saya memohon maaf telah mencederakan awak. Ini semua memang salah saya.”  telah ditunjukkan semasa di mahkamah.

Selaras dengan itu, mangsa telah memberitahu teman lelakinya mengenai insiden itu 4 bulan kemudian, tetapi hanya berasa yakin untuk bertindak setelah menerima teks mesej Ip yang betul-betul mengaku bersalah.



0 comment... add one now