Tiada Lagi Tol Secara Tunai Bermula 26 April


Bermula 26 April ini, semua pengguna jalan raya hanya mempunyai tiga pilihan untuk membayar tol sama ada melalui kad Touch’nGo, SmartTAG atau PLUSMiles sahaja memandangkan tiada lagi bayaran tol secara tunai selepas ini. 

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) mendapati bahawa lebih 200000 pengguna lebuh raya  masih menggunakan system bayaran tol secara tunai walaupun PLUS telah berusaha sedaya upaya meningkatkan tahap kesedaran pengguna lebuh raya dengan membelanjakan lebih RM3 juta sejak 2008 lagi supaya pengguna bersedia menggunakan sistem tol elektronik. 


Antara inisiatif-inisiatif yang pihak PLUS telah lakukan adalah dengan memasang papan tanda, menambah baik sistem tol, menambahkan lorong khas Touch’n Go serta meningkatkan promosi. Pengguna jalan raya tidak perlu risau untuk menambah nilai kad elektronik mereka kerana terdapat lebih kurang 9200 lokasi tambah nilai kad mereka yang disediakan di seluruh negara termasuk di kedai 24 jam, stesen minyak dan pusat beli-belah. 

Pengurus Besar Operasi PLUS, Norbayati Manap mengatakan bahawa didapati bahawa sebanyak hampir 80 peratus pengguna jalan raya di Johor sekitar Plaza Tol Machap, Tangkak dan Pagoh masih membayar tol secara tunai. Katanya lagi, 9 kios layan diri akan ditambah termasuk di Plaza Tol Pagoh, Sungai Perak, Simpang Pulai, Gunung Semanggol dan Dengkil.


0 comment... add one now